Sahabat-Sahabat Maya Saya --->>>

Isnin, 19 Oktober 2009

Gulai Ayam, Telur Bungkus, Kailan Goreng Belacan, Ikan Sambal Belah Belakang & Orange Juice

Hari special sikit. Along & Angah...bukan anak2 aku yer....hehe...Ni Along & Angah anak mak su aku nak datang Manjung. Ada temuduga di Seri Iskandar. So, aku pun pelawa diaorang makan tengah hari di rumah aku....Ni menu2 nya......Layannnnn jer lah.........


Gulai Ayam

Bahan :

Ayam
Rempah Daging (bancuh dengan air)
Bawang merah, bawang putih, halia(blend)
Santan
Kerisik
Ubi Kentang
Garam
Air asam jawa
Daun pandan (racikkan dan simpul)
Bunga Lawang}
Kulit Kayu Manis}   --->>    Bahan Tumisan
Bawang merah}
Halia}
Bawang Putih}

Cara :
Tumis bahan2 tumisan dan daun pandan. Masukkan rempah daging dan bahan2 blend. Masukkan garam, kerisik dan air asam jawa. Masak hingga naik bau. Masukkan ubi kentang. Masukkan ayam dan santan. Masak hingga ayam dan ubi empuk.


Telur Bungkus

Bahan Inti :

Isi ayam @ daging [dicincang]....Guna Ramly punya
1 ulas bawang putih [mayang]
1 ulas bawang besar [mayang]
1 biji tomato [ dadu]
1 sudu besar rempah daging
1 sudu kacang peas @ sayur campur
3 sudu cili sos
2 sudu sas tomato
1 sudu sos tiram
garam secukup rasa
daun sup [dipotong]
minyak

Cara:

1. Tumis bawang putih sehingga kekuningan kemudian masukkan rempah daging.
2.Masukkan isi ayam @ daging.
3. Setelah masak masukkan sos cili, sos tomato,sos tiram, garam,bawang besar sehingga bawang layu.
4. Masukkan tomato dan kacang peas@sayur campur , masak sebentar kemudian angkat. Taburkan daun sup.
5. Telur dipukul dan digoreng dadar. Masih lagi telur di dalam kuali, masukkan inti dia atas telur dadar dan bungkus telur berbentuk empatsegi.



Kailan Goreng Belacan
Bahan:
Kailan
Sedikit air
Cili Merah (potong serong)
Sedilit kicap
Sos tiram
Garam
Udang}
Bawang merah}    ---->>> ditumbuk
Belacan}
Bawang putih}

Cara :
Tumis bahan2 tumbuk. Masukkan sedikit kicap, sos tiram dan garam. Masukkan sedikit air. Masukkan kailan dan cili. Kacau rata dan angkat.


Ikan Sambal Belah Belakang

Ikan (lumur dengan sedikit garam dan kunyit)
Cili kisar
Sos Cili
Garam
Gula
Bawang merah}
Bawang putih}  --->> ditumbuk kasar
Halia}
Sedikit belacan}

Cara:
Dalam mangkuk, masukkan bahan tumbuk. Campurkan semua bahan. Kacau rata. Sumbatkan ke dalam ikan. Goreng ikan tersebut.


Orange Juice

Bahan:
Buah oren
Sedikit perasa sunquick oren
Air
Gula
Ais

Cara:
Blend buah oren, perasa sunquick oren, air dan gula. Masukkan dalam gelas. Tambahkan ais.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila Komen Ye!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...