Sahabat-Sahabat Maya Saya --->>>

Sabtu, 18 Julai 2009

Spaghetti Bolognese

Saja2 hari ni malas nak makan nasi....Teringin lak nak makan spaghetti......Bahan-bahan pun ada....Jadi la tu.....Selak2 internet, jumpa resepi ni......Spaghetti Bolognese namanya......Ni kat bawah resepi......

Bahan :

Spaghetti (sepaket)
Daging lembu/ayam cincang(guna Ramly punya...sebungkus)
Susu
1 labu bawang besar – dicincang 
1 ulas bawang putih – dicincang 
1 botol sos spaghetti KIMBALL
Tomato segar ranum - didadu
1 batang carrot – didadu kecil
2 batang celery – didadu kecil
1 tin cendawan butang – dihiris (optional)
1/2 sudu teh Oregano
Sedikit garam dan gula secukup rasa
3 sudu besar minyak(letak minyak zaitun lagi best)
2 sudu besar butter
Bebola daging/ayam
Parutan keju parmesan – untuk menghidang(x letak pun)

Cara-cara:

  1. Rebus 2 liter air dalam periuk besar, masukkan 2 sudu teh garam. Bila air mendidih baru masukkan spaghetti. Kacau sekali-sekala dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun (atau minyak masak) agar pasta tak melekat. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan.
  2. Sos Bolognese : Gunakan periuk yang tinggi dan dalam. Panaskan minyak zaitun,masukkan butter dan kacau. Bila butter cair dan berbuih masukkan bawang besar dan bawang putih cincang. Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu.
  3. Masukkan daging/ayam cincang.Goreng hingga daging/ayam keperangan.
  4. Masukkan semua sayuran, goreng lagi hingga sayur-sayur lembut.
  5. Masukkan susu. Kuatkan api hingga susu mendidih, kacau selalu. Bila nampak semua susu telah diserap daging, masukkan sos spaghetti KIMBALL  dan tomato segar. Masukkan sedikit air. Tambah ke dalam kuah. Kacau sos sambil di tekan-tekan tomato yang nampak berbiji hingga hancur.
  6. Masukkan daun oregano, garam dan gula secukup rasa.
  7. Biar mendidih, kemudian perlahankan api paling kecil. Renihkan dengan periuk separa tertutup hingga sos pekat.
  8. Boleh hidang dengan parutan keju parmesan dan bebola daging. Sesetengah orang campurkan sekali bebola daging dalam kuah tersebut.  
  




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...