Sahabat-Sahabat Maya Saya --->>>

Ahad, 16 Ogos 2009

Udang Goreng Kicap, Ayam Masak Sos & Sup Ayam

Tak de apa2 yang special pun......cuma dah lama tak letak entry......Ini lauk2 makan tengah hari......Menu ni yg kurangnya ialah sayur-sayuran......Kalau aku masak sayur pun bukannya ada orang makan.....Aku ngan hubby jer yang makan.....Anak2 bukannya nak makan pun........Cuma k. ngah jer yang suka sayur....tu pun dia suka carrot dengan baby corn jer......Entah la....kenapa budak2 kurang gemar makan sayur.....tidaklah diketahui.....
Layan jer lah ekkk.......


Udang Goreng Kicap

Bahan :

Udang
Ubi kentang
Bawang Besar (Hiris bulat)
Cili Merah (Potong serong)
Garam
Kicap
Sos Tiram
Kunyit

Cara :
Goreng ubi kentang yang dah dilumurkan dengan garam dan kunyit. Dah masak, angkat(Jangan terlalu garing). Goreng pula udang yang dilumurkan garam dan kunyit.Agak2 udang dah masak, masukkan bawang besar dan cili merah. Goreng sebentar dan masukkan ubi kentang tadi. Masukkan sos tiram dan kicap. Angkat.


Ayam Masak Sos

Bahan :

Ayam(lumurkan garam & kunyit dan goreng)
Sos cili
Sos tomato
Cili kisar (sedikit sahaja)
Bawang merah & bawang putih (dihiris untuk tumis)
Bawang besar (potong bulat)
Garam
Gula

Cara :

Tumiskan bahan tumisan. Masukkan cili kisar, garam dan gula. Goreng sampai wangi. Masukkan sos tomato dan sos cili. Masukkan ayam. Kacau rata. Akhir sekali masukkan bawang besar.


Sup Ayam

Sup ayam ni sempoi2 ajer.....untuk anak kecilku......hehehe........Untuk resepi.....sila klik ini--->>> Sup Ayam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...