Sahabat-Sahabat Maya Saya --->>>

Rabu, 16 Jun 2010

Kari Kepala Ikan Jenahak

Hari ni tengok dalam peti ais ada kepala ikan.....Abang pun kerja petang.....so....buat kari kepala ikan lah.....Kalau aku sorang2 dengan anak-anak, tak habis nak makan nih.....

Resepi? Ni dia......

Bahan :
Kepala ikan
Santan
Bawang merah (tumis)
Bawang putih (tumis)
Daun kari (tumis)
Halba campur (tumis)
Kacang bendi
Rempah kari ikan
Air asam jawa
Garam

Cara:
Tumiskan bahan-bahan tumisan. Masukkan rempah kari ikan yang dah dibancuh dengan air. Masukkan garam dan air asam jawa. Kacau hingga naik bau dan sedikit kering. Masukkan kepala ikan dan santan. Masak hingga mendidih. Masukkan kacang bendi. Tunggu hingga naik minyak. Dah sedia untuk dihidang.

 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila Komen Ye!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...