Sahabat-Sahabat Maya Saya --->>>

Sabtu, 3 Julai 2010

Lasagna

Lasagna....makanan Italy...dekat pizza la selalunya dok makan.....tapi anehnya...aku tak makan Lasagna kat pizza tu.....tekak aku tak boleh masuk....tak tau kenapa....aku rasa cheesenya tu yang buat aku tak boleh masuk....Baru-baru nih aku tengok gambar mms adik aku bagi......gambar Lasagna suami dia buat (adik ipar aku laaaa).....macam menarik jaaa.....tengok bahan-bahan dia pun boleh tahan......mahal-mahal belaka....hehehe....cara buat pun macam renyah jer.....tak pa lah....try jer lah.....aku tak makan...cik abang & anak-anak makan.....hehehe....tapi aku try decorate supaya aku boleh makan jugak......

Bahan-Bahan:
1 kotak instant Lasagna sheet
Mozarella Cheese (Jenis Shredded Cheese)

Sos Daging/Ayam:
1 blok daging/ayam kisar RAMLY
1 tin cendawan butang potong dadu (kalau nak bubuh la)
1 biji bawang besar potong dadu
5 ulas bawang putih ketuk & cincang
1 sudu besar cili boh (kalau nak pedas…x mau tak apa)
2 sudu besar tomato pure/tomato potong dadu
1 botol sos spaghetti KIMBALL
sedikit lada hitam & oregano
gula & garam secukupnya

Cara :
Panaskan minyak masak. Masukkan bawang putih dan bawang besar. Biar hingga naik bau dan layu. Masukkan cili boh & tumis sampai kering. Masukkan daging cincang dan biar hingga empuk. Masukkan sos spaghetti, tomato puri, lada hitam, oregano, gula dan garam. Masukkan cendawan butang. Biar hingga kering sikit tapi jangan terlalu kering kerana kita memerlukan kelembapan dari sos daging/ayam untuk melembutkan kulit lasagna semasa proses membakar di dalam oven. Tips, buat sos ni lebih rasa manis dari masin sebab nanti cheese dah masin.

Sos Putih/Sos keju:
2 sudu besar butter
2 sudu besar tepung gandum
500ml susu full cream (½ kotak susu yg besar)
2 sudu besar mozarella cheese
sedikit lada sulah & garam

Cara:
Di atas api perlahan, masukkan mentega ke dalam periuk. Biarkan cair.Masukkan tepung dan kacau hingga sebati. Tutup api. Masukkan susu dan gaul hingga sebati.Masukkan cheese, lada sulah dan garam. Kemudian letakkan semula periuk di atas api sederhana dan terus kacau hingga adunan menjadi likat. (Jangan terlalu likat/lama sebab apabila sos telah sejuk, ia akan menjadi lebih likat daripada ketika panas).

Cara Melapis Lasagna:
1.Lapiskan instant lasagna sheet di dalam bekas. *Sebelum tu, rendamkan lasagna sheet tu dalam bekas berisi air suam (dalam 10 minit)-agak2 banyak mana nak guna
2. Kemudian, buat satu lapisan nipis sos daging/ayam di dalam loyang.
3. Tuang sos putih/sos keju ke atas lapisan sos daging/ayam tadi.
4. Taburkan Mozarella Cheese.
5. Ulang semula langkah 1-4 berulang kali hingga habis.(lebih kurang 3 lapisan)
6. Pada lapisan terakhir selepas lapisan sos putih/sos keju, taburkan mozarella cheese rata-rata sampai penuh.
7. Bakar di dalam oven sehingga keju kelihatan mencair dan masak.


Tu diaaaaaa.....bila baca nih sikit punya panjang cara dia rasa macam malas nak buat kan.....tapi sebenarnya senang jer.... Ni kat bawah ni gambar bahan-bahannya....Lasagna ni belum dibakar lagi.....


Ni sos daging/ayam & sos putih/keju



Ni pulak cara nak melapis lasagna

1) Lapis instant lasagna sheet dalam bekas 
*rendam dulu lasagna bagi lembut sikit dalam air suam agak2 10 minit)


2) Lapis sos daging


3) Lapis sos putih/sos keju


4) Taburkan Mozarella Cheese



Ulang step 1-4 sampai habis bahan. Lapisan atas sekali mesti diakhiri dengan taburan Mozarella Cheese....Taburkan sampai penuh bekas...


 Lepas tu bakarlah......jangan ralit sampai cheese atas tu terhangit pulak......


Ni dia hasilnya.....Akhirnya Lasagna yang aku buat boleh pulak aku makan....hehehe...yang paling suka si Along la......tak sangka pulak penggemar masakan tradisional ni suka pulak dengan makanan moden nih....hehehe





8 ulasan:

  1. sedapnya nak minta izin nak copy resepi ye t.q

    BalasPadam
  2. memang sedap ni...tak tipu....serius sedap...hehe...copy la...bulehhh...

    BalasPadam
  3. nk tny, ms nk lapis lasagna sheet 2, bnda 2 nk kne rebus dlu ke msuk je?? bnda 2 kn kras kn??

    BalasPadam
  4. Sorry...saya tak nyatakan kat resepi tu ye.....nanti saya edit....lasagna sheet tu saya just rendam dalam air suam je....tak payah tunggu sampai lembut pun. sebab nanti air dari kuah sos daging tu masa bakar dah boleh melembutkan lasagna sheet tu....SELAMAT MENCUBA...=)

    BalasPadam
  5. nampak sedappp...nk try lah resipi ni...kut2 anak suke lak kan...thanks for sharing

    p/s salam perkenalan...:)

    BalasPadam
  6. Salam kenal juga IbuDhira....thanks sudi singgah sini....memang sedap Lasagna ni....try la buat....tak susah pun...

    BalasPadam
  7. Teringin nak Cuba juga, tapi nak tau berapa suhu untuk membakar?

    BalasPadam

Sila Komen Ye!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...