Teringin nak buat kentang putar....Tapi surelah tak sama macam kat KFC tu.....nak yang sedap beli jer kat KFC tuh....ni saja gatal2 nak try.....dah tak der kerja gamaknya......hehehehe.....janji dah pernah try.....
Resepi....
Kentang
Bahan-bahan:
10 kentang
1/4 cawan susu segar
2 sudu besar mentega
1/4 sudu kecil serbuk lada hitam
garam secukup rasa
Cara membuat:
Kentang dikupas kulit dan dipotong 4 kemudian direbus di dalam air mendidih bersama garam sehingga empuk.
Setelah empuk, toskan kemudian lenyekkan di dalam periuk tadi ketika kentang masih panas
Letak kembali periuk atas dapur dgn api yg sederhana sambil itu masukkan susu, serbuk lada hitam dan mentega, lenyekkan bersama kentang tadi sehingga gebu dan sebati.
Sedia untuk dihidangkan.

Sos Kentang Putar (Gravy Ala KFC)
Bahan2
5 sudu besar/2 kiub stok ayam MAGGI
Air
1 biji bawang besar (potong dadu)
2 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil lada hitam (tumbuk) / serbuk pun boleh
Sedikit kicap (untuk warna)
Sedikit garam
Cara:
1. Masak air dengan stok ayam.
2. Masukkan bawang besar, masak hingga mendidih, Tapis ke dalam mangkuk. Ketepikan.
3. Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum. Kacau.
4. Tuang air rebusan dan kacau sehingga tidak bergentel.
5. Masukkan sos tomato, sos tiram, kicap, lada hitam dan garam. Kacau sebati sehingga pekat.
6. Sedia dimakan bersama kentang putar.

Inilah hasilnya..............

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila Komen Ye!