Dengar tajuk pun dah glamour.....selalunya kalau buat kek melibatkan cheese nih....kena berhati-hati.....kalau silap buat....hancusss jadinya.....dah lah bahannya mahal....hehehe....tapi...first time buat nih....menjadi....syoq tak terkira.....hehehe.....gebu jer kek nih......
Bahan:
250gm cheese cream (room temperature)
75ml susu segar
130 gm gula castor
4 biji telur (asingkan)
40 gm tepung jagung
½ sudu cream of tartar
Cara:
Panaskan oven pada suhu 180°C. Panaskan cream cheese dan susu segar hingga larut. Guna api kecil sahaja. Kemudian masukkan separuh daripada gula ke dalam adunan cheese bersama telur kuning, tepung jagung dan cream of tartar. Putih telur di pukul bersama lebihan gula hingga menjadi meringue(bila terbalikkan bekas, bahan telur putih tak tumpah). Masukkan meringue ke dalam adunan cheese dan kaup balik hingga ia rata. Tuangkan ke dalam acuan dan bakar secara bain-marie (water bath-Sediakan loyang yang lebih besar dari loyang kek dan masukkan air kedalamnya.Rendam dulang berisi adunan kedalam loyang yg mengandungi air dan masukkan kedalam ketuhar). Bakar selama 45 minit – 1 jam.

Ni adunan yang belum dibakar....
Yang ni dah keluar oven......
Lepas jer potong.....kejap jer budak2 & bapak budak ngap tinggal separuh.....dari dalam oven lagi diaorang dah terjenguk-jenguk....hehehe......
Nak lagi ummmpppphhhhhhh.......letakkan blueberry kat atas kek....perggghhhhhhh sedapppppp......

agak2 berapa lama adunan telur nak jadi meringue?
BalasPadamTak lama sangat pun..dalam 5,6 minit je
BalasPadambrp suhu ketuhar utk bkr kek ni? 180?
BalasPadamye betul....180 suhunya...
BalasPadam