Sahabat-Sahabat Maya Saya --->>>

Selasa, 23 November 2010

Popcorn Chicken & Ayam Paprik

Tak tau nak masak apa dah nak bagi buka selera budak2 nih.....cuti2 sekolah nih....hari2 dok masak sampai dah tak tau nak masak apa lagi dah......jemu pulak rasanya.....ada ayam....buat popcorn chicken pun best.....


Sempoi ja nak buat nih......

Bahan:
Ayam (potong kecil2)
Rempah goreng kentucky (jenama ADABI)
Telur (pukul dengan sedikit garam...nak tambah lada sulah pun ok)

Cara:
Celup ayam dalam telur. Golekkan dalam tepung goreng kentucky. Goreng garing.





Dah ada lauk tak de kuah lak......ayam ada lagi.....sayur2 pun ada....buat lah paprik.....Patutnya paprik x banyak kuah.....tapi aku buat berkuah.....

Ayam Paprik


Bahan:
Ayam (potong kecil)
Bawng merah (blend)
Bawang putih (blend)
Halia (blend)
1 batang serai (ketuk)
3-4 helai dau limau purut,di koyak2
4-5 biji cili padi (ketuk)
sedikit minyak untuk menumis

Bahan Sos:
Cili giling
Sos tomato
Sos cili
Sos tiram
Kicap manisGaram dan gula secukup rasa
Air limau
Air

Bahan Sayur (potong kecil):
Kobis bunga
Lobak merah
Babycorn
Batang saderi
Kacang panjang
Bawang besar
Tomato

Cara:
Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis serai. Kemudian masukkan bahan blend. Masukkan bahan sos. Kacau2 sekejap. Kemudian masukkan ayam, daun limau purut serta cili padi. Masukkan bahan sayur. Kacau goreng sehingga masak.




2 ulasan:

  1. sedapnya nampak popcorn tu, nest time nak cubalah, x pyh beli yg ayamas lagi, :)

    BalasPadam
  2. ye Ida...tak payah beli...kalau beli pun dalam paket tu sikit je isinya...baik buat sendiri...puas makan...sedap jugak...

    BalasPadam

Sila Komen Ye!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...