Hari ni along Aiman bersunat......Bersunat cara clamp di klinik Dr. Ismail.....Mak, ayah pun datang rumah.....Kami buat la pulut kuning sikit dengan gulai ayam......kenduri sikit. Tak jemput orang ke rumah pun...cuma bungkus2 dan bagi pada jiran2 sekeliling rumah dan kawan2 terdekat jer....
Resepi pulut kuning...
Bahan:
Pulut
Serbuk kunyit
Gula
Garam
Santan Pekat
Bawang merah dan halia(dihiris nipis)-tak mau bubuh pun tak apa
Cara:
Basuh bersih2 pulut. Toskan. Rendam pulut dengan air kunyit(semalaman lagi bagus). Kukuskan pulut tersebut. Bila pulut dah masak, masukkan dalam mangkuk. Dalam periuk, didihkan santan dengan sedikit garam dan gula. Curahkan santan ke dalam pulut dan gaulkan dengan bawang merah dan halia yang dihiris.
Resepi gulai ayam.....boleh klik kat sini --->>> Gulai Ayam
Pulut dah habis....gulai ayam ada lagi.....apa lagi....cicah dengan roti pun soooooodaaaapppppp.....hehe

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila Komen Ye!