Pernah dengar sayur minyak? Aku pun sebelum ni tak penah dengar....asalnya beli sayur ni kat pasar malam....orang tu kata sayur datang dari Cameron Highland.....jarang2 ada dekat pasar malam pun....memang sedap sayur nih....Last2 hari tu jumpa kat Econsave....rupanya kat Econsave memang selalu ada....tapi mahal la sikit.....tak kiralah mahal sikit pun...dah aku suka nak buat macam mana.....hehehe.....Dari Econsave la baru aku tau nama sayur ni...Sayur Minyak......Resepi sayur campur ni pun nak jugak ke?:
Bahan:
Sayur minyak
Cili merah (potong serong)
Bawang merah (tumis)
Bawang putih (tumis)
Udang kecil
Baby corn (potong)
Carot (potong)
Sedikit serbuk TUMIX
Sedikit garam
Cara:
Tumis bahan tumisan. Masukkan udang kecil. Masukkan carot, baby corn dan cili merah. Tambah sedikit air. Masukkan sedikit serbuk TUMIX dan garam. Gaul rata. Masukkan sayur minyak. Gaul sekejap dan tutup api.(Jangan sampai sayur layu....nanti x sedap)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila Komen Ye!