Dah lama blueberry ada dalam peti ais....tapi belum buat apa-apa lagi.....hari ni perasaan gila membaking muncul balik.....hehehe...jadi la kek cheese blueberry.......sebenarnya, ia lebih kepada eksperimen ja....daripada kek cheese asalnya, aku cuba olah dan masukkan blueberry.....macam sememeh jer......tapi sebenarnya sedap....so...don't judge the book by the cover ok.....hehe.....Ni resepi dia....Kalau korang nak buat kek cheese jer pun boleh....tak payah la letak blueberry tu.....
Bahan:
250gm cheese cream (room temperature)
250gm cheese cream (room temperature)
1/2 cawan susu segar
1cawan gula castor
4 biji telur (asingkan)
3 sudu besar tepung jagung
½ sudu cream of tartar
4 biji telur (asingkan)
3 sudu besar tepung jagung
½ sudu cream of tartar
Blueberry
Cara:
Panaskan oven pada suhu 180°C. Panaskan cream cheese dan susu segar hingga larut. Guna api kecil sahaja. Kemudian masukkan separuh daripada gula ke dalam adunan cheese bersama telur kuning, tepung jagung dan cream of tartar. Putih telur di pukul bersama lebihan gula hingga menjadi meringue(bila terbalikkan bekas, bahan telur putih tak tumpah). Masukkan meringue ke dalam adunan cheese dan kaup balik hingga ia rata. Tuangkan ke dalam acuan berselang seli dengan blueberry dan bakar secara bain-marie (water bath-Sediakan loyang yang lebih besar dari loyang kek dan masukkan air kedalamnya.Rendam dulang berisi adunan kedalam loyang yg mengandungi air dan masukkan kedalam ketuhar). Bakar selama 45 minit – 1 jam. Setelah sejuk, keluarkan dan hias dengan baki blueberry tadi...

Ni telur putih di pukul dengan gula
Ni pulak adunan cheese dan susu
Blueberry dalam adunan kek
Tengah baking
Hiaskan dengan blueberry

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila Komen Ye!