Sahabat-Sahabat Maya Saya --->>>

Ahad, 27 Jun 2010

Puding Jagung

Puding jagung nih dah berkali-kali dah buat.....sejak zaman anak dara lagi.....Dapat resepi dari Mak Su......tapi tak pernah pun ambil gambar......kali ni baru ambil gambar.....Senang jer buat nih....antara puding yang aku suka.......sedap....dan senang buat......

Bahan :
1 tin jagung
1 cawan gula
1 cawan tepung kastard (Bancuh dgn air)
Agar-agar
1 tin susu cair
2 sudu mentega
2 biji telur (Saya tak bubuh.....tak suka...hanyir)
1 sudu teh esen vanilla
Sedikit garam

Cara :
Masak agar-agar. Masukkan gula, bancuhan tepung kastard dan telur(tak bubuh pun tak apa). Kacau tanpa henti. Masukkan jagung, esen vanilla, susu dan mentega. Masukkan seditit garam (hujung2 sudu je). Kacau sampai masak. Masukkan dalam loyang dan sejukkan dalam peti ais.


 

Khamis, 17 Jun 2010

Masak Lemak Ketam Campur Nenas

Hari ni nak masak ketam.....Family sebelah mertua datang berkunjung......Diaorang semua pergi mandi manda di Teluk Batik......tak pe....aku kat rumah masak ketam.....hehe....nanti balik boleh terus makan.....Tengok resepinya.....turun-temurun dari mak.....


Bahan :

Rempah kari
(Jika tiada, kisar jintan manis, rempah biji, cili kering, kunyit, bawang merah dan bawang putih)
Garam
Ketam
Nenas/Asam jawa
Santan
Bawang merah, Bawang putih dan daun kari (Tumis)

Cara:

Masak rempah yg dicampur air dengan garam, ketam dan nenas yang dipotong nipis. Kalau tak ada nenas, masukkan asam jawa. Selepas ketam masak, masukkan santan hingga mendidih. Tumis bahan tumis tadi dan curahkan ke dalam gulai ketam tadi. (Tumis darat)





Rabu, 16 Jun 2010

Kari Kepala Ikan Jenahak

Hari ni tengok dalam peti ais ada kepala ikan.....Abang pun kerja petang.....so....buat kari kepala ikan lah.....Kalau aku sorang2 dengan anak-anak, tak habis nak makan nih.....

Resepi? Ni dia......

Bahan :
Kepala ikan
Santan
Bawang merah (tumis)
Bawang putih (tumis)
Daun kari (tumis)
Halba campur (tumis)
Kacang bendi
Rempah kari ikan
Air asam jawa
Garam

Cara:
Tumiskan bahan-bahan tumisan. Masukkan rempah kari ikan yang dah dibancuh dengan air. Masukkan garam dan air asam jawa. Kacau hingga naik bau dan sedikit kering. Masukkan kepala ikan dan santan. Masak hingga mendidih. Masukkan kacang bendi. Tunggu hingga naik minyak. Dah sedia untuk dihidang.

 


Selasa, 15 Jun 2010

Puding Triffle

Dah lama teringin nak buat puding triffle nih....Ada macam2 versi pulak tuh.....nampak lawa jer puding nih......tu yang membangkitkan keinginan utk buat tuh....Setelah diolah-olah....dapat lah resepi nih.....tapi aku tak berapa gemar sangat puding ni.....entah la....sebab kombinasi kek dengan puding kot....Tapikannnn....rasanya kalau buat pencuci mulut untuk meja pengantin....memang lawa....buat pulak dalam gelas berkaki tu.....perghhhhhh......lawa betoiiiiii...........

Bahan-bahan
1 tin susu cair
1 sudu besar gula
4 sudu besar tepung kastard
1 mangkuk air- utk dicampurkan dengan kastard
1 biji kek gulung sederhana saiznya
1 tin buah-buahan campur- asingkan air dan buahnya
1 paket agar-agar jeli kristal Nona-perisa Strawbery
1 mangkuk air

Cara-cara
1. Panaskan susu cair dengan gula. Kecilkan api.
2. Bancuh tepung kastard dengan semangkuk air sejuk. Masukkan bancuhan tadi ke dalam susu cair yang sedang mendidih, Masak hingga betul-betul pekat dan kastard pekat. Tutup api.
3. Di dalam bekas berasingan, susunkan kek gulung sehingga habis. Kemudian, basahkan dengan air buah-buahan tin.
4. Tuangkan bancuhan kastard ke atas susunan kek tadi.Biar keras sedikit.
5. Susun buah dalam tin tadi.
6. Untuk jeli, semangkuk air dididihkan. Masukkan serbuk agar-agar jeli. Kacau hingga sebati.
7. Akhir sekali, tuangkan jeli tersebut di atas kastard dan sejukkan. Bila betul-betul keras, bolehlah dihidangkan.


 


Isnin, 14 Jun 2010

Chocolate Ice Blanded

Menu minuman kegemaran anak-anak.....Kalau ada air susu kotak dengan aiskrim.....air inilah yang diaorang minta buatkan.....Senang ajer....Nampak macam kat Starbuck tak?......hahahaha....kalau minum waktu panas....perrrggghhhhhh......hilang dahaga.....

Bahan :

5 sudu besar milo
2 gelas susu segar
2 sudu besar aiskrim (coklat/vanilla)
5-6 ketul ais
1 Skop aiskrim (hiasan)

Cara :

Masukkan susu, milo dan aiskrim dalam blender. Masukkan ais. Blend sampai ais hancur dan halus. Hiaskannya dengan aiskrim. Taburkan serbuk milo diatasnya.




 


Jumaat, 11 Jun 2010

Banana Muffin

Ni sebab pisang banyak ler nih.....nak buat apa lagi ngan pisang nih.......last2 timbul idea nak buat kek pisang......cup cake pun ada.....hhrrrmmm buat muffin jer lah......

Bahan-bahan :
250gm butter
1 cawan gula (mesin halus)
4 biji telur
1/2 camca teh garam halus
1 camca teh esen vanilla
4 sudu besar susu pekat(susu segar Dutch lady pun boleh)
3 cawan pisang lecek
2 cawan tepung
1 camca teh soda bikabornat
1 camca teh baking powder
Walnut, macadamia, pecan nuts (Optional)

Cara-cara :
1. Putar majerin dan gula hingga kembang dan berkrim.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil teruskan putar
3. Tambahkan susu, esen vanilla dan garam halus.
4. Perlahankan mixer. Masukkan pisang lecek.
5. Masukkan tepung hingga agak-agak sebati. Hentikan mixer.Kalau suka tambahkan kacang.
6. Masukkan dalam cup.
7. Bakar pada suhu 175 darj cel selama 50min hingga ke 60min.
8. Hiaskan dengan slice pisang dan paipkan dengan coklat(yg dicairkan)




Khamis, 10 Jun 2010

Lepat Pisang

Balik dari kampung......mak bekalkan dengan pisang awak dan daun pisang.......memang macam tu selalu....selalunya kalau balik sana....mak akan buat lepat pisang......dia dah tahu cucunya....si Along suka sangat dengan lepat pisang....kalau mak buat....memang banyak dia makan........kali ni mak tak sempat buat......rumah masih berselerak.......belum berkemas......kenduri adik kahwinkan......balik jer kat Manjung.....aku pun buat la lepat pisang.......banyak pisang mak bagi....buat lebih....hantar kat k chaq(kakak aku yg sulung) sikit......maklum la....pisang ni tumpang kereta dia......aku kan balik sini naik bas.....tak kan nak angkut pisang naik bas....hehehehe.......lepat pisang kat Manjung ni lain sikit......dekat tengah2nya dia letak kelapa parut......tu yang Along tak suka....kalau ikut cara Kedah......letak santan.....bukan kelapa parut......macam2 Along......tapi....aku pun tak suka jugak kalau letak kelapa parut......rasa semak jer......

Bahan :

Pisang
Gula
Tepung Gandum
Garam
Pati Santan
Daun Pisang

Cara:

Pisang dilenyek dengan gula. Masukkan sedikit garam kemudian tepung gandum. Campurkan pati santan. Jangan cair sangat. Balut dengan daun pisang dan kukus.


Rabu, 2 Jun 2010

Kek Marble Cheese Brownies & Puding Rainbow Marble lagi...

Esok nak balik kg.....Sungai Petani....sempena Majlis Perkahwinan satu-satunya adikku...Hazwani.........aku ambik kesempatan baking cheese kek ni & puding untuk sahabatku Tengku Norhani Tengku Besar.......dah lama dia teringin nak rasa.....hehehe....selebihnya, aku bawa balik rumah mak & abah(bapa mertua).......


Untuk resepi Kek Marble Cheese Brownies boleh klik kat sini --->>>  Kek Marble Cheese Brownies


Untuk resepi Puding Rainbow Marble pulak, klik kat sini --->>>  Puding Rainbow Marble



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...