Sahabat-Sahabat Maya Saya --->>>

Selasa, 17 Ogos 2010

Chicken Chop

Hari ni nak buat chicken choplah......Asal usulnya semalam la kat sekolah dok sembang2 dengan Anita.....hehehe......Last2 dah tak sabar2.....hari ni mesti buat......buat 3 pinggan.....haaa...hadap la sorang sepinggan buka puasa nanti....hehe....Kak Ngah dengan adik.....makan nasi.....diaorang tu bukannnya perut western.....

Ambik resepi nih.....

Bahan2 ayam yg diperap
4 ketul ayam (bahagian isi yg telah dibuang tulangnya (ada jual di pasaraya)
2 ulas bawang merah - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
2 inci halia - kisar
1 s/k lada hitam - tumbuk halus
2 s/b sos tiram
1 s/b kicap cair
garam sket je(tak bubuh pun sebab kuahnya dah masin)
tepung jagung secukupnya
minyak utk menggoreng

Cara Membuat
Perap isi ayam tadi dengan bahan2 kisar & lada hitam yg ditumbuk, sos tiram, kicap cair & garam. Gaul rata dan perapkan.
Panaskan minyak yg byk dlm kuali. Ambil isi ayam tadi dan terus celupkan dlm tepung jagung hingga seluruh ayam diselaputi oleh tepung jagung. Masukkan dlm minyak yg panas (deep fry). Goreng hingga garing. Angkat dan toskan utk kurangkan resapan minyak.

Gravy/Sos Black Paper
-Guna yang segera jer....(Gravy Brown Sause Knorr) + lada hitam(tumbuk)

Bahan2 Untuk Coselaw
Kobis - disagat
Carrot - disagat
Mayonese secukupnya
Gula

Cara2
Sayur yg disagat tadi rendam sebentar dlm air sejuk. Kemudian toskan. Masukkan dlm mangkuk yg besar dan campurkan mayonese secukupnya, & gula. Kacau hingga sebati dan sejukkan dlm peti sejuk sebelum hidang.

*Hidangkan bersama salad, tomato dan fun fries...Nak lagi best....tambah baked bean

 


Ahad, 15 Ogos 2010

BBQ

Bulan-bulan puasa ni.....dah tak tau nak masak apa.....kadang-kadang termenung jer depan peti ais.....dok pikir nak masak apa hari nih.....hehe.....Abang punya suggestion.....jom kita ber BBQ.......lagi pun, bila lagi nak test peralatan BBQ canggih manggih yang dia baru beli tu dari Houz Depot......Dah lama dia mencari.......ehehe.....

So.....aku blend bahan-bahan dan perap dulu apa-apa yang ada dalam peti ais tu......ada sotong, udang dan ayam.....berehhhh la tuh......

Ni la ropanya set BBQ yang cik abang beli kat KL hari tu......



Ni resepinya........

Bahan:
Ayam/Daging/Sotong/Udang/Ikan
Bawang Besar
Bawang Putih
Halia
Lengkuas
Serai
Cili Kisar
Garam
gula

Cara:
Kisar Bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas dan serai. Masukkan cili kisar, garam dan gula dalam kuali dan masak sedikit sampai pekat. Perap ayam/daging,sotong/udang /ikan.Bakar....



 Anak-anak dah tak sabar......hehehe....Terutama Along la.....sebab dia sorang ja puasa......








Kentang Putar

Teringin nak buat kentang putar....Tapi surelah tak sama macam kat KFC tu.....nak yang sedap beli jer kat KFC tuh....ni saja gatal2 nak try.....dah tak der kerja gamaknya......hehehehe.....janji dah pernah try.....


Resepi....

Kentang

Bahan-bahan:
10 kentang
1/4 cawan susu segar
2 sudu besar mentega
1/4 sudu kecil serbuk lada hitam
garam secukup rasa

Cara membuat:
Kentang dikupas kulit dan dipotong 4 kemudian direbus di dalam air mendidih bersama garam sehingga empuk.
Setelah empuk, toskan kemudian lenyekkan di dalam periuk tadi ketika kentang masih panas
Letak kembali periuk atas dapur dgn api yg sederhana sambil itu masukkan susu, serbuk lada hitam dan mentega, lenyekkan bersama kentang tadi sehingga gebu dan sebati.
Sedia untuk dihidangkan.






Sos Kentang Putar (Gravy Ala KFC)

Bahan2
5 sudu besar/2 kiub stok ayam MAGGI
Air
1 biji bawang besar (potong dadu)
2 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil lada hitam (tumbuk) / serbuk pun boleh
Sedikit kicap (untuk warna)
Sedikit garam

Cara:
1. Masak air dengan stok ayam.
2. Masukkan bawang besar, masak hingga mendidih, Tapis ke dalam mangkuk. Ketepikan.
3. Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum. Kacau.
4. Tuang air rebusan dan kacau sehingga tidak bergentel.
5. Masukkan sos tomato, sos tiram, kicap, lada hitam dan garam. Kacau sebati sehingga pekat.
6. Sedia dimakan bersama kentang putar.


 Inilah hasilnya..............
 

Jumaat, 13 Ogos 2010

Ikan Siakap Masak 3 Rasa

Masa shopping di Econsave hari tu, ternampak ikan siakap.....wahhhh...ikan ni kalau buat sweet sour ker....masak 3 rasa ker...sedap nih.....bulan-bulan puasa lak tuh.....Kira jadi lah tu....teringin sangat nih.....Cedok internet jugaklah resepi nih....

Goreng dulu ikannya.......


 Lepas tu, buat kuahnya.....


Ni  resepinya.....
Bahan
1 ekor ikan siakap [bersihkan dan kelar kedua belah badan]
Tepung jagung & garam [untuk salut ikan]
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit halia
Minyak untuk goreng ikan

Bahan Sos
Sedikit cili kisar
4 s/b sos cili
3 s/b sos tiram
3 s/b air
1 s/b gula
Sedikit garam
Daun limau purut
Air nenas & buah nenas (nenas dlm tin-asingkan)
1 labu bawang besar (mayang)

Bahan Hiasan
daun bawang [potong 3 – 4 cm]
1 biji cili merah
1 biji buah tomato
Daun salad

Cara
1. Sapukan tepung jagung & garam disekeliling ikan.
2. Gorengkan ikan dalam minyak yg banyak sehingga masak dan kuning keemasan. Angkat dan letakkan dalam pingan hidangan yang sudah dihias dengan daun salad dan tomato.
3. Keluarkan minyak dan tinggalkan 2 s/b minyak untuk tumis. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia(hiris). Masukkan bahan sos dan goreng sehingga wangi.
4. Kacau rata sehingga mendidih. Masukkan bawang besar yang dimayang tadi dan buah nenas(dipotong dadu kecil2) dan tutup api.
5. Curahkan kuah sos ke atas ikan di dalam pinggan hidangan. Hias dengan cili merah dan daun bawang.


Dah dekat masa berbuka dah......curah kuah atas ikan.....hias2 sikit....dah boleh makan.....makan 5 beranak pun....kenyang gilosssss.........makan bahagian kepala......bahagian ekor simpan untuk sahur......





Rabu, 11 Ogos 2010

Udang Goreng Mentega

Entah macam mana lah.....kedai2, hotel2 tu buat udang goreng mentega tu kan.....bertali2 jadinya macam jala......Ni yang nak try buat nih.....tapi rasa-rasanya macam tak jadi....jer.....hehehe....tapi rasanya ada....jadi ler.....nanti cuba lagi....don't give up.....

Ni resepi yang aku dapat..........

Bahan:
12 ekor udang saiz besar
2 sudu butter
2 biji kuning telur
Sedikit susu cair
sedikit daun kari
sedikit cili padi
serbuk kunyit
garam
acuan roti jala
minyak utk menggoreng

Cara:
Lumur serbuk kunyit & garam kat udang. Goreng sehingga masak.Bila udang hampir masak tu, masukkan daun kari, cili padi & sedikit susu cair. Bila dah masak, ketepikan.
gunakan minyak yg sama, biarkan minyak dikuali anggaran dlm 1/2 cawan.
Panaskan minyak dan masukkan butter. Biarkan butter cair & minyak betul2 panas.Sementara tu,kacau2 telur dlm mangkuk bagi rata dan masukkan telur kuning dalam bekas/acuan roti jala. Kemudian tuangkan telur & kacau tanpa henti. Tapis dengan penapis. Tuang atas udang tadi.

 


Buncis Goreng Telur

Ni buncis goreng untuk makan tengah hari....simple jer nih....

Bahan:
Kacang buncis
Cili hidup (hiris serong)
Bawang merah & bawang putih (tumis)
Udang kecil
Garam
Telur (pukul sedikit)
Kunyit

Cara :
Tumis bawang merah dan bawang putih. Masukkan sedikit kunyit, udang, kacang dan cili hidup.Masukkan garam. Kacau rata. Bila kacang agak masak, masukkan telur ditengahnya. Kacau hingga telur masak dan angkat.

 


Khamis, 5 Ogos 2010

Roti Gulung Sardin

Roti gulung sardin....sedap makan waktu petang....Sebenarnya...balik jer sekolah rasa lapar teramat sangat....hehe...kalau dah lapar nak tidur tak boleh.....nakbuat kerja pun tak boleh.....jadi...kena la isi perut dulu......Jadi la roti gulung sardin...


Bahan :
Roti gardenia (digelek dgn penggelek menjadi nipis)
Telur
Sedikit garam
Lada sulah
1 tin kecil sardin
Limau kasturi (ambil jus)
Cili merah (cincang)
Bawang besar (cincang)
Tepung gandum bancuh dengan sedikit air(gam)

Cara :
Masukkan sardin, jus limau, cili, dan bawang besar dalam mangkuk dan hancurkan dengan garfu. Masakkan di atas api. Sapukan inti diatas roti dan gulungkan. Gamkan dengan sedikit tepung yang dibancuh dgn air. Celupkan roti dalam telur yg telah dipukul dengan sikit garam dan lada sulah. Gorengkan dalam kuali leper sehingga kuning keemasan.


Ni roti yang digelek dulu menjadi nipis supaya bila goreng nanti tak makan minyak....Pas tu buatkan gam (tepung gandum + air) supaya gulungan tak terbuka....



Ni pulak sardinnya yang dah dimasak....Setengah2 orang terus masukkan ajer sardin dalam gulungan roti dan digoreng....Aku tak suka...Macam mana pun...sardin mesti dimasak dulu....

 


Ahad, 1 Ogos 2010

Cendawan Goreng Tepung

Banyaknya cendawan.......Cik Abang ni memang suka makan.....aku tak suka pulak.....huh....Nampak cendawan ni kat Pasar Tani kat Kuala Kangsar hari tu.....nasib baik dia beli cendawan ni dengan tepung tempuranya sekali...mak cik tu jual.....timbul la idea nak goreng cendawan dengan tepung......Nampak sedap jer dia makan cicah sos....kenapa aku tak lalu....aku pun tak tau....hehehe...Selalunya, kalau udang ke, sotong goreng tepung, aku guna tepung goreng ayam kentucky tu jer....tak pun beli yang adabi punya.....

Bahan :
Tepung Kentucky ADABI (goreng ayam)
Sebiji telur
Sedikit air
Bahan goreng (udang, sotong, ikan, ayam, cendawan, bendi, terung)

Cara:
Pukul telur. Masukkan tepung kentucky.Campur air sedikit. Kacau. Jangan sampai pekat sangat. Celupkan bahan dan goreng dalam minyak yang banyak dan panas.



Kalau nak buat tepung tempura sendiri pun boleh...ni resepinya

Bahan :

Bahan goreng (udang, sotong, ikan, ayam, cendawan, bendi, terung)
1 cawan tepung gandum
1 sudu baking powder
1 sudu kecil kunyit
1 biji telur
1 cawan air (ikut kepekatan)
Sedikit garam
Serbuk lada

Cara:

Bancuhkan bahan iaitu tepung, baking powder, kunyit, telur, air, garam dan serbuk lada. Celupkan bahan dalam tepung dan goreng.


Tengok hasilnya....Nampak terliur tak? 






Roti Bakar Sosej Dan Cheese

Ini pun sarapan pagi.....sengaja direkacipta.....ada jugak ciplak daripada iklan keju cheddar tu....hehe.....yang nyatanya makan dengan sos baru sedap.....Macam biasa....menu ni pun digemari Along.....

Bahan :
Roti Gardenia
Cheddar Cheese(Kraft Singles)
Sosej (goreng sedikit dan potong bulat-bulat)
Telur
Garam
Lada sulah

Cara:
Apit 2 keping roti dgn sosej dan cheddar cheese mcm wat sandwich tu. Lepas tu celup dlm telur yg dipukul dgn lada & sikit garam(tak mau letak pun tak pa…sebab cheese tu pun dah masin). Dan kemudian goreng atas non stick pan dgn minyak sesudu jerr..


 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...