Sahabat-Sahabat Maya Saya --->>>

Ahad, 31 Oktober 2010

Sup Ayam

Malasnya hari ni nak masak....pagi tadi semuanya dah makan nasi lemak......jadi semuanya pakat dah kenyang....tapi, kena masak gak...sekejap lagi mesti lapar balik nih.....buat yg senang jer lah....apa lagi....sup ayamlah.....



Bahan :
Ayam(potong kecil)
Ubi kentang(potong kecil)
Kiub sup/sup bunjut
Halia (ketuk)
Garam
Bunga lawang
Kulit kayu manis
Lada hitam(tumbuk) atau serbuk
Bawang merah(tumis)
Bawang putih(tumis)
Halia(tumis)
Daun bawang (hiris)
Daun sup (hiris)

Cara:
Masukkan ayam, kentang dan air dalam periuk. Masukkan kiub sup/sup bunjut. Masukkan halia, kulit kayu manis dan bunga lawang. Masukkan garam. Renehkan hingga ayam dan ubi empuk. Masukkan serbuk lada hitam.Tutup api. Dalam kuali, tumiskan bahan2 tumisan bersama sedikit minyak. Dah garing, masukkan bahan tumisan ke dalam periuk sup tadi. Taburkan daun sup dan daun bawang.

 


Rabu, 27 Oktober 2010

Nasi Goreng Cincai

Hehe....mesti semua tertanya-tanya...apasal lah nama dia nasi goreng cincai....hehehe......saja2 jer nak letak nama tu....ni la gaya orang malas dan bahan dalam peti ais pun tak berapa ada...tapi perut berkeroncong minta diisi..... Tengok la sendiri bahan2 nya dan akan tahu lah kenapa namanya macam ni....hehe...selamat mencuba...

Bahan:
Nasi
Bawang merah
Bawang Putih
Sedikit belacan
Cili merah
Garam
Sos Tiram
Kicap
Telur

Cara:
Blend bawang merah, bawang putih, belacan dan cili merah(jangan banyak air....tak lumat pun tak apa, biar kasar sedikit). Tumis bahan blend dalam kuali dengan sedikit minyak. Masukkan sos tiram dan kicap. Kacau rata. Masukkan nasi dan garam. Buat lubang ditengah kuali, pecahkan telur. Buka api kuat dah goreng telur bersama nasi. Dah siap.....hehe....Kalau suka boleh tambahkan sayur campur.


 


Ahad, 24 Oktober 2010

Bihun Tomyam

Seronoknya....hari ni suami nak balik....dari Bandung....Asalnya flight Air Asia pukul 12:15 ptg.....Dah tu delay pulak ke pukul 3:15 ptg....Hrrmmm....lambat la sampai gamoknyerrr......Asalnya nak masak nasi....sempat la suami dan kawan2 yang singgah ke rumah dinner kat rumah....Alih2 dah jadi macam ni.....menu lain la jawabnya....Last2 teringat Bihun Tomyam....ermmm...sedap jugak tu....lama dah tak makan......Tengok2 suami hantar SMS delay lagi ke pukul 4:15 petang....Hrrmmm sah dah....mesti sampai dalam pukul 11 ke 12......Hehehe....setlah menu tu.....Alhamdulillah......akhirnya dia mendarat di KLIA pukul 6:45petang....Sampai di Manjung pukul 12:00 tengah malam.....Supper la tu jawabnya......Ni resepinya......

Bahan:
Ayam, udang, sotong dan daging (ikut suka)
1 biji bawang besar dipotong menyerong
2-3 serai (ketuk)

Lengkuas (hiris nipis)
Halia (ketuk)
pes tomyam
Sedikit air asam limau 
Sedikit daun limau purut 
Cili padi ( ikut suka)
Sayuran ( bunga kobis, celeri,baby jagung, tomato & carrot)   
Air dan garam  
Daun ketumbar 
Tomato (potong)

Caranya: 
Tumis serai. Masukkan air dulu dalam periuk anggaran setengah periuk. Bila didih jer, masukkan ayam, daging, sotong.  Biar dulu agak2 dah agak masak masukkan pes tom yam. Lepas tu masukkan bawang, lengkuas, halia, segala sayuran, daun limau purut, air asam, garam dan cili padi . Biar didih kejap. Masukkan tomato. Tabur daun ketumbar.....tapi aku x suka bau daun tu....so aku tabur la daun sup...

Ni la bahan2 nya....



Dah namanya bihun tomyam kan.....kena la celur bihun.....hehehe




Rabu, 20 Oktober 2010

Puding Koktel Berkuah

Selain nasi ayam, untuk pencuci mulut, aku buat puding koktel berkuah dan puding jagung. 

Ni dia gambar puding koktel berkuah....


Untuk resepi puding jagung, boleh klik kat sini--->>> Puding Jagung 
Ni gambar puding jagung yang aku buat......



Untuk resepi Puding Koktel Berkuah.....tgk bawah ni....
 
Bahan untuk puding :
Agar-agar
1 tin fruit koktel (asingkan air dan buah)
Gula
Pewarna
Nata de coco

Bahan untuk kastard :
1 tin susu cair
2 tin air (guna tin susu)
Gula
3 sb tepung kastard

Cara :
Masak agar-agar dan gula. Agar2 bagi banyak sikit...supaya lebih keras. Asingkan beberapa bahagian, dan masukkan pewarna. Masukkan ke dalam loyang atau bekas yang berbentuk. Bekukan dan potong ikut bentuk kegemaran (jika di dalam loyang).  Sos kastardnya pula, campurkan kesemua bahan. Masak sekejap kemudian masukkan air buah koktel dan sejukkan. Campurkan agar-agar tadi bersama nata de coco dan buah koktel ke dalam sos kastard.

 Tengok cara-caranya dibawah:-
Bahagikan 2 adunan agar2....nak lebih adunan pun tak pe......warna-warni sikit.....aku letak 1 warna merah dan 1 lagi warna kuning......Dah keras, bolehlah dipotong ikut bentuk yang disukai...



Masak kuah kastard dulu.....Masukkan air buah koktel tadi.....Sejukkan


Ni buah koktel yang dah diasingkan tadi.....


Campurkan semua....makan masa sejuk baru terangkattttttttttttttt.....hehehe





Nasi Ayam

Hari ni cik abang nak bertolak ke LCCT dengan kawan2nya.......Makan angin ler...apa lagi.....Diaorang nak ke Bandung, Indonesia. Member datang dari Sungai Petani, Kedah......singgah rumah aku dulu.....Dari sini baru bertolak ke LCCT......So, nak jamu apa ye.....Buat nasi ayam lah.....senang sikit....Pergi sana jangan lupa lak list yang barangan yang diberi tu yer....hehehehe.......Ni resepinya....
 
Bahan:

Beras
Ayam (Ayam direbus dan asingkan)
Halia (Ketuk)
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Kiub sup
Lada hitam (tumbuk)
Bawang merah (hiris)
Bawang putih (hiris)
Halia (hiris) 
Sedikit margerin/planta
Daun pandan(simpul)
Garam
Gula
Daun sup/Daun bawang
Kicap
Sos tiram
Madu
Daun salad
Hirisan timun
Hirisan Tomato

Sosnya (Mesin)

Bawang merah
Bawang putih
Halia
Cili kering (rebus)
Sos cili
Cuka(sedikit saja)

Cara:

Rebus ayam dengan halia yang diketuk. Asingkan air rebusan dan ayam. Air rebusan dibahagikan 2.

Air rebusan pertama dimasukkan kulit kayu manis, bunga lawang,  kiub sup dan serbuk lada hitam. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia, kemudian masukkan ke dalam air rebusan untuk dibuat sup. Masukkan garam secukup rasa. Taburkan daun sup dan daun bawang.

Air rebusan kedua digunakan untuk masak nasi. Masukkan sedikit margerin dan daun pandan(disimpul) dan sedikit garam.

Untuk sosnya pula, masukkan bahan mesin. Masak di atas api dengan sedikit sos cili. Masukkan sedikit cuka, gula dan garam.

Ayamnya pula digaul dengan kicap, madu dan sos tiram. Kemudian, goreng hingga masak.
Boleh dihidangkan dengan daun salad, hirisan timun dan hirisan tomato.


Ayam sedang direbus.......

Air rebusan ayam juga diambil untuk masak nasi



Ayam.....sebelum dan selepas digoreng.....



 
 Dah boleh dihidang.....ayam, sup, kuah cilinya dan nasi....




 


Ahad, 17 Oktober 2010

Nasi Daging Utara

Hari ni Ahad.....ada masa terluang....cik Abang pun kerja malam....tgh hari ni ada la rumah.....so....buat nasi daging best gak nih....cicah air asam...perghhhhh.....teringat2 nasi daging k ros......tapi x leh lawan arrr air asam k ros.....sedap sungguh........daging pun ada....leh la try buat ari nih......jadi kot nuuu....entah la....rasa tu ada la jugak....hehe......buat bagi lebih sikit....balas bekas jiran tepi rumah nih....

Bahan :

Daging (dipotong dan di rebus hingga lembut)
Beras (bersih dan toskan)
1/2 cawan susu cair...
1/4 cawan minyak masak
3 s/b minyak sapi
1 tin tomato sup Kimball (blend tomato pun boleh)
3 s/b rempah nasi daging...boleh beli kedai mamak rempah...kalau tak de boleh guna rempah kurma
sedikit gula dan garam secukup rasa
sedikit kismis dan bawang goreng untuk taburan
1 labu bawang besar - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar

Bahan tumis :

Kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan pelaga
Sedikit daun ketumbar - untuk wangikan nasi
3 helai daun pandan
1 batang serai - diketuk

Cara :
1. Panaskan minyak masak dan masukkan minyak sapi
2. Tumis bahan tumisan.
3. Masukkan bahan yang dikisar.
4. Masukkan rempah yang dibancuh dgn sedikit air...kacau biar wangi
5. Masukkan air rebusan daging yg tlh disukat, tomato sup dan daging yang tlh lembut
6. Setelah air mendidih, masukan gula dan garam secukup rasa dan baru masukkan susu cair
7. Masukkan beras dan kismis. Masak dgn rice cooker untuk nasi masak sekata..
8. Gemburkan nasi...boleh ambil daging yg tertanam dalam nasi untuk dicicah bersama air asam

Air Asam

Bahan A:
Asam jawa(direndam ½ cawan air suam, buang biji)
1 biji limau kasturi (besar) -dibelah dua dan dibuang biji
8-10 cili merah + cili padi
½ biji tomato
1 inci belacan
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam

Bahan B:
1-2 biji tomato
1-2 biji bawang besar

Cara:
1.  Masukkan Bahan 'A' ke dalam blender. Jangan tambah terlalu banyak air (cukup air suam yang digunakan untuk merendam asam jawa kerana nanti air asam terlalu cair).
2. Hiris tomato dan bawang. Gaulkan air asam bersama tomato dan bawang besar.


Rebus daging.......Dalam periuk nak masak nasi, tumis bahan tumisan.....

 Beras dah masuk.....masak jer la....

 Air asam dan nasi daging dah siap......



Dah boleh jamu selera.......hehehe

 


Selasa, 5 Oktober 2010

Puding Marble Coklat

Bahan-bahan Puding Rainbow Marble yang buat untuk open house member tu masih berlebihan lagi.....nak try buat ujikaji boleh??? hahaha......selak-selak resepi, jumpa resepi Puding Marble Coklat nih.....dapat la 3 bekas kuih raya (bekas dah tak ada)....hehehe......janji leh makan.....bekas tak penting....Try tengok resepi nih...

Bahan :
Agar-agar
Gula
2 sb tepung kastard
1 sb serbuk koko
1sk esen vanilla
1 tin susu cair
Secubit garam

Cara :
Didihkan air dan agar-agar hingga larut. Masukkan gula,susu cair, esen vanila, tepung kastard yang telah dibancuh dengan sedikit air dan garam. Apabila mendidih, angkat dan tapiskan. Bahagikan dua. Satu bahagian dicampurkan dengan serbuk koko yang telah dibancuh. Bahagian kedua biarkan dengan warna asal. Tuangkan agar-agar kuning ke dalam acuan berselang-seli dengan warna coklat. Buat begini sehingga habis. Corak di atas, guriskan permukaan dengan lidi. Simpan di dalam peti sejuk.

Masak bahan-bahan atas api
Bahagikan adunan kepada dua bekas. Satu bahagian dicampurkan dengan serbuk koko yang telah dibancuh. Bahagian kedua biarkan dengan warna asal.


Tuangkan 1 senduk agar-agar kuning ke dalam acuan. Kemudian tuang 1 senduk agar-agar coklat di atasnya. Buat berselang-seli begini sampai habis. 


Untuk corak di atas tu, lorekkan dengan menggunakan lidi......guriskan dari tengah ke tepi bekas....Jadilah begini.......macam spider.....hehehe



Puding Rainbow Marble Order Dari Kawan

Esok, kawan nak buat open house....So, dia minta tolong buatkan Puding Rainbow Marble.....kalau time aku tak der apa-apa hal boleh la aku tolong......lagi pun, tak la susah sangat buat puding nih.....petang tadi dia datang bawakan bahan-bahan.....malamnya aku buat puding nih...

Resepinya kat sini --->>> Puding Rainbow Marble

 


Ahad, 3 Oktober 2010

Roti Gulung Sosej

Bangun pagi ni tak tau nak bersarapan apa......takkan roti jem jer kot....dah boring lak.....tengok dalam peti ais, ada sosej.....timbul idea nak buat roti gulung sosej.....Along mesti suka.....apa-apa roti yang ada sosej dah jadi kegemaran dia.....hehe....Senang jer kalau nak try.....

Bahan:
Roti gardenia (digelek dgn penggelek menjadi nipis)
Telur
Sedikit garam
Lada sulah
Sosej
Tepung gandum bancuh dengan sedikit air(gam)
Sos cili + mayonis (sos pencicah)


Cara :
Goreng sosej separuh masak. Gulungkan sosej ke dalam roti. Gamkan dengan sedikit tepung yang dibancuh dgn air. Celupkan roti dalam telur yg telah dipukul dengan sikit garam dan lada sulah. Gorengkan dalam kuali leper sehingga kuning keemasan. Cicah dengan sos cili yang dicampurkan dengan mayonis.


Roti digelek dulu dengan penggelek....supaya bila kita goreng nanti....roti tu tak ler makan minyak....



Sosej tu digoreng sedikit supaya separuh masak.....Saya tak lalu kalau sosej nampak macam tak masak jer....Sambil-sambil tu kita buat gam untuk roti....Gam?????......Bukan gam kertas.....ni gam tepung + air.....supaya gulungan roti kita nanti tidak terbuka.....




Dah tu....gulungkan sosej ke dalam roti....gunakan gam roti....sambil tu, pukul telur dengan sedikit garam dan lada sulah. Celupkannya dan goreng.



Dah siap pun.....lagi sedap kalau makan cicah dengan sos bercampur mayonis.....perrghhhh....


 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...