Sahabat-Sahabat Maya Saya --->>>

Selasa, 30 November 2010

Sayur Minyak Campur

Pernah dengar sayur minyak? Aku pun sebelum ni tak penah dengar....asalnya beli sayur ni kat pasar malam....orang tu kata sayur datang dari Cameron Highland.....jarang2 ada dekat pasar malam pun....memang sedap sayur nih....Last2 hari tu jumpa kat Econsave....rupanya kat Econsave memang selalu ada....tapi mahal la sikit.....tak kiralah mahal sikit pun...dah aku suka nak buat macam mana.....hehehe.....Dari Econsave la baru aku tau nama sayur ni...Sayur Minyak......Resepi sayur campur ni pun nak jugak ke?:

Bahan:
Sayur minyak
Cili merah (potong serong)
Bawang merah (tumis)
Bawang putih (tumis)
Udang kecil
Baby corn (potong)
Carot (potong)
Sedikit serbuk TUMIX
Sedikit garam

Cara:
Tumis bahan tumisan. Masukkan udang kecil. Masukkan carot, baby corn dan cili merah. Tambah sedikit air. Masukkan sedikit serbuk TUMIX dan garam. Gaul rata. Masukkan sayur minyak. Gaul sekejap dan tutup api.(Jangan sampai sayur layu....nanti x sedap)

 



Ahad, 28 November 2010

Kek Chocolate Moist With Topping Chocolate Bar

Rasa teringin nak makan kek....bahan2 semua ada....tapi toppingnya, coklat bar biasa...paling sedap kalau pakai coklat bar jenama Van Houten......malas nak keluar supermarket cari bahan lain.....mana yang ada kat rumah jerlah......lepas tu tabur coklat rice dan yang warna-warni....baru nampak cantik dan berselera nak makan.....

Resepi Kek Chocolate Moist boleh klik kat sini --->>> Kek Chocolate Moist



Toppingnya pula.....

Bahan:
Coklat bar jenama Van Houten (separuh)
Sedikit minyak masak (nak bagi topping berkilat)
Susu pekat manis (dalam 4 sudu besar)

Cara:
Masak semua bahan atas api sederhana. Kacau hingga coklat cair dan pekat. Tuang atas kek yang dah sejuk. Taburkan atas kek dengan coklat rice.


 



Jumaat, 26 November 2010

Roti Goreng Telur

Asalnya buat pisang goreng. Lepas tu tepung pisang goreng tu ada lebih...apalah nak buat ni ekkk.....roti pun ada lagi....takut expired date lak lama2....timbul 1 idea.....hahahaha...roti goreng telur lah...Tengok resepi

Bahan:
Roti (potong 2)
Tepung goreng cucur
Telur
Garam
Lada sulah

Cara:
Gaulkan tepung goreng cucur (sedikit sahaja) dengan telur, sedikit garam dan lada sulah. Celup roti dan gorengkan.


Macam ni la rupanya. Cicah roti ni dengan sos cili campur mayonis.....wahhh...sedap jugak rupanya.... 


Khamis, 25 November 2010

Pulut Kuning & Gulai Ayam

Hari ni along Aiman bersunat......Bersunat cara clamp di klinik Dr. Ismail.....Mak, ayah pun datang rumah.....Kami buat la pulut kuning sikit dengan gulai ayam......kenduri sikit. Tak jemput orang ke rumah pun...cuma bungkus2 dan bagi pada jiran2 sekeliling rumah dan kawan2 terdekat jer....


Resepi pulut kuning...

Bahan:
Pulut
Serbuk kunyit
Gula
Garam
Santan Pekat
Bawang merah dan halia(dihiris nipis)-tak mau bubuh pun tak apa

Cara:
Basuh bersih2 pulut. Toskan. Rendam pulut dengan air kunyit(semalaman lagi bagus). Kukuskan pulut tersebut. Bila pulut dah masak, masukkan dalam mangkuk. Dalam periuk, didihkan santan dengan sedikit garam dan gula. Curahkan santan ke dalam pulut dan gaulkan dengan bawang merah dan halia yang dihiris.


Resepi gulai ayam.....boleh klik kat sini --->>> Gulai Ayam

Pulut dah habis....gulai ayam ada lagi.....apa lagi....cicah dengan roti pun soooooodaaaapppppp.....hehe


 



Rabu, 24 November 2010

Kek Batik Marie

Selalu buat kek ni  tak menjadi....geram betul.....So, aku cuba buka internet, tengok resepi2 yang ada dalam ni....Kemudian combinekan......dan aku try buat....Akhirnya....menjadi jugak.....Rasa2nya resepi rahsianya ialah dekat tepung dengan horlick tu kot.....Kek ni jadi melekat elok lah....Seronoknya bila kek ni menjadi....hehehe.....Ni resepinya.....


Bahan :
Seketul butter/mentega 250g
Tepung 1 ½  cawan
Gula 1 cawan
Milo 1 ½  cawan
Horlick 1 cawan
Susu pekat manis 1 tin
Koko 2 sudu
Telur 5 biji
Biskut marie (1 ½ bungkus -dipatahkan 2)

Cara :
Cairkan mentega dalam kuali. Blend/mixed telur, gula, milo, koko, horlick dan susu. Masukkan semua bahan blend/mixed dalam kuali. Tapiskan tepung. Masukkan dalam kuali. Buka api. Kacau bahan hingga sebati dan pekat. Masukkan biskut marie. Kacau hingga kena rata. Kacau lama sikit sampai biskut agak2 lemau(kalau tak nanti bila siap, biskut tu akan keras dan masih rangup). Tutup api dan masukkan dalam loyang. Tekan2 hingga padat dan masukkan dalam peti ais.


 Dalam kuali.......sebelum masukkan biskut marie....


Dah masukkan dalam loyang.....



Tadaaaaaaaaaaaaaaaa.......siap untuk dimakan......





Selasa, 23 November 2010

Popcorn Chicken & Ayam Paprik

Tak tau nak masak apa dah nak bagi buka selera budak2 nih.....cuti2 sekolah nih....hari2 dok masak sampai dah tak tau nak masak apa lagi dah......jemu pulak rasanya.....ada ayam....buat popcorn chicken pun best.....


Sempoi ja nak buat nih......

Bahan:
Ayam (potong kecil2)
Rempah goreng kentucky (jenama ADABI)
Telur (pukul dengan sedikit garam...nak tambah lada sulah pun ok)

Cara:
Celup ayam dalam telur. Golekkan dalam tepung goreng kentucky. Goreng garing.





Dah ada lauk tak de kuah lak......ayam ada lagi.....sayur2 pun ada....buat lah paprik.....Patutnya paprik x banyak kuah.....tapi aku buat berkuah.....

Ayam Paprik


Bahan:
Ayam (potong kecil)
Bawng merah (blend)
Bawang putih (blend)
Halia (blend)
1 batang serai (ketuk)
3-4 helai dau limau purut,di koyak2
4-5 biji cili padi (ketuk)
sedikit minyak untuk menumis

Bahan Sos:
Cili giling
Sos tomato
Sos cili
Sos tiram
Kicap manisGaram dan gula secukup rasa
Air limau
Air

Bahan Sayur (potong kecil):
Kobis bunga
Lobak merah
Babycorn
Batang saderi
Kacang panjang
Bawang besar
Tomato

Cara:
Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis serai. Kemudian masukkan bahan blend. Masukkan bahan sos. Kacau2 sekejap. Kemudian masukkan ayam, daun limau purut serta cili padi. Masukkan bahan sayur. Kacau goreng sehingga masak.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...