Sahabat-Sahabat Maya Saya --->>>

Khamis, 23 Disember 2010

Ikan Cencaru Goreng Berinti Sambal

Ikan cencaru atau kadang2 orang panggil ikan jaket.....kalau kat sekolah Segari dulu selalu makan ni....Ikan cencaru dah lama ada dalam peti ais....Nak buat sambalnya tu yang malas....tapi dah lama2 takut tak sedap...buat jugak la hari ni....hehehe....paksaan....

Bahan :
Ikan cencaru (Belah belakang)
Cili merah
Cili kisar
Bawang merah atau bawang besar
Sedikit belacan
Gula 
Garam
Bawang besar (dihiris)
Kunyit

Cara :
Tumbuk cili merah, bawang merah dan belacan. Campurkan sedikit cili kisar (kalau nak tambah kepedasan). Masukkan gula, garam dan bawang besar yang dihiris. Ikan digaram dan kunyitkan. Masukkan sambal dan goreng dalam kuali tanpa terlalu banyak minyak.


 


Rabu, 22 Disember 2010

Gado-Gado @ Pecal

Pernah dengar nama gado-gado? Kalau tak pernah dengar, pernah dengar pecal?.....Ha...ini la yang aku buat hari ni.....penuh dengan sayur-sayuran.......sedap...hubby ku suka sangat.....Ni resepinya...



Bahan Gado-gado :

Timun (Sagat)
Tauhu (Goreng dan potong kecil)
Ubi sengkuang (Sagat)
Telur rebus
Tomato

Celur dan toskan :

Kacang Panjang (Potong kecil)
Tauge
Kangkong
Jantung Pisang (Potong Kecil)     }        tak nak bubuh x pa
Nangka (Potong kecil)                }        tak nak bubuh x pa

Caranya :
Campurkan semua dan gaulkan dengan kuah kacang.

Bahan Kuah :

Cili kering
Bawang besar
Kacang Goreng (goreng dengan minyak)
Bawang putih
Air asam jawa
Belacan
Garam & Gula Putih
Gula merah

Caranya :

Cili kering digoreng bersama bawang besar dan minyak. Selepas itu dikisar bersama kacang dan belacan. Tumis bawang putih (ketuk). Masukkan bahan kisar bersama air asam dan garam. Masukkan gula putih. Masukkan gula merah sedikit untuk mencantikkan warnanya. Masak sampai pekat dan naik minyak.








Kek Cheese Blueberry

Dah lama blueberry ada dalam peti ais....tapi belum buat apa-apa lagi.....hari ni perasaan gila membaking muncul balik.....hehehe...jadi la kek cheese blueberry.......sebenarnya, ia lebih kepada eksperimen ja....daripada kek cheese asalnya, aku cuba olah dan masukkan blueberry.....macam sememeh jer......tapi sebenarnya sedap....so...don't judge the book by the cover ok.....hehe.....Ni resepi dia....Kalau korang nak buat kek cheese jer pun boleh....tak payah la letak blueberry tu.....

Bahan:
250gm cheese cream (room temperature) 
1/2 cawan susu segar 
1cawan gula castor
4 biji telur (asingkan)
3 sudu besar tepung jagung
½ sudu cream of tartar 
Blueberry

Cara:
Panaskan oven pada suhu 180°C. Panaskan cream cheese dan susu segar hingga larut. Guna api kecil sahaja. Kemudian masukkan separuh daripada gula ke dalam adunan cheese bersama telur kuning, tepung jagung dan cream of tartar. Putih telur di pukul bersama lebihan gula hingga menjadi meringue(bila terbalikkan bekas, bahan telur putih tak tumpah). Masukkan meringue ke dalam adunan cheese dan kaup balik hingga ia rata. Tuangkan ke dalam acuan berselang seli dengan blueberry dan bakar secara bain-marie (water bath-Sediakan loyang yang lebih besar dari loyang kek dan masukkan air kedalamnya.Rendam dulang berisi adunan kedalam loyang yg mengandungi air dan masukkan kedalam ketuhar). Bakar selama 45 minit – 1 jam. Setelah sejuk, keluarkan dan hias dengan baki blueberry tadi...


Ni telur putih di pukul dengan gula


Ni pulak adunan cheese dan susu


Blueberry dalam adunan kek


Tengah baking 




Hiaskan dengan blueberry





Kerabu Mangga

Balik dari kenduri di Teluk Intan hari tu, singgah di Lekir beli mangga muda....buat rojak sikit. Selebihnya simpan peti ais...ingat nak buat kerabu mangga. Hari ni baru ada di rumah dan makan tengah hari kat rumah....selalunya ada kenduri. Semalam pulak ke sekolah sampai tengah hari baru balik. Hari ni baru free....Mangga bila disagat jadi banyak, jadi buat lebih sikit, bagi pada jiran2....Ni resepinya....



Bahan-bahan :

Mangga
Lobak merah dihiris memanjang (x de pun tak pe)
Sedikit kacang tanah goreng (ditumbuk)
Bawang merah (dihiris)
Cili padi (dihiris)
Udang kering (ditumbuk)
Sedikit bijan (x de pun tak pe)

Untuk sosnya :

Jus limau nipis
Garam
Gula

Caranya :

Dalam bekas, gaul sebati bahan sos.
Masukkan bahan-bahan yang lain dan gaul dengan ratanya. Pastikan rasanya secukupnya.



Nak tau resepi rahsianya nak bagi lagi sedap????..... Ini lah rahsianya.....



Sotong kering....hehe...mentang2 lah duduk dekat dengan Lumut.....senang la nak dapatkan ni....kat tempat lain pun ada jugak...tapi mahal la kan.......hiris nipis2 macam kat bawah ni.....lepas tu masukkan sekali dan gaul dengan bahan2 lain kerabu.....baru sedappppppppppp......Resepi tambahan rahsia ni datangnya idea daripada mak.......hari tu bawak balik sotong ni kat mak....mak kata banyak sangat....tak larat nak makan banyak2.....so, mak hiris halus2, masukkan dalam kerabu mangga......perghhhhhhhh sedap gilos.......nak tau...cuba try tengok...memang sedappppppppp.......


Ni kerabu dengan bahan2nya sebelum digaulkan.......penuh besen


Dah siap.....boleh dimakan....





Ahad, 19 Disember 2010

Rojak Buah

Adoiiii...tetiba teringin nak makan rojak buah....Buah mempelam ada.....sengkuang ada....lebihan jambu batu pun ada....jadi la tu......Kuah rojak yang segera punya jenama FAMA....hehehe...Kalau nak sedap, kuah rojak Mak Bee yang best......Mana nak cari? Kat kampung ada la....kat sini pun ada...tapi harga mahal la sikit dari di sana....Bedal jerlah mana yang ada....Goreng kacang....tumbuk sikit.....jadilah....Tak der resepi ye untuk ini....Main bedal taruk2 jer nih....





 


Sabtu, 18 Disember 2010

Kek Marble Milo

Resepi Internet.....Perasaan nak membaking ni tengok mood jugak...kadang2 datang secara tiba2....Kek ni aku mula godeh2 pukul 10 malam dan baking pukul 10.30 malam.....Boleh la buat sarapan esok....Bila datang tiba2 tu yang susah tu...sebab tu bahan2 kek ni sentiasa ada kat rumah....mentega, koko, tepung, cheese....memang sentiasa ada di rumah....so...bila2 masa nak buat, semua bahan dah siap sedia ada...cuma persediaan fizikal dan mental ja yang diperlukan...hehe......

Resepinya....
Bahan:
250g mentega
1 ½ cwn tepung
1 cwn gula caster
1 sudu teh baking powder
3 biji telur
Sedikit esen vanilla
½ cawan susu pekat manis
4 sudu besar serbuk milo - campur sedikit air dan dijadikan pes
1 sudu besar serbuk koko

Cara:
Putar mentega dan gula. Masukkan telur satu persatu dan esen vanilla serta susu. Putar hingga kembang. Masukkan campuran tepung dan baking powder sedikit demi sedikit. Kacau dgn senduk kayu pun boleh juga.Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Ambil 1 bahagian dari adunan tadi, campurkan dengan pes milo dan serbuk koko tadi. Tuang ke dlm dulang pembakar secara berselang seli. Bakar selama 50minit.



Tak sempat ke pagi....malamnya pun dah terkorban tinggal banyak ni jer oleh anak2ku.....

Pembahagian adunan tak sama banyak....so...jadi la kek ni banyak bahagian coklat dari putihnya....hehe...kalut sangat....


Sebelum dibakar


Dah siap bakar




 


Rabu, 15 Disember 2010

Lepat Liat

Dah lama tak buat lepat liat......alang2 balik kampung hari tu, aku ambil daun pisang bawak balik....Kukus lepat malam ni....boleh makan untuk sarapan esok....Resepi kat bawah ni....

Bahan :

Tepung pulut
Gula merah
Santan pekat
Gula
Minyak
Daun pisang

Cara :

Tepung pulut dicampur dengan santan pekat.  Kemudian masukkan gula merah yang dimasak dengan gula. Kacau hingga pekat. Alaskan daun pisang dengan minyak sebelum diletakkan bahan tadi, kemudian balut. Kukus sampai masak.

 










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...