Resepi ni datangnya dari kawan aku masa Tingkatan 6 Sekolah Menengah Ibrahim, kat Sungai Petani dulu.....jumpa balik dalam FB.....Aku ambik resepi mu yer Salmie.....boleh nooo......Resepi ni sungguh mudah nak buat dan sedap pulak tu....Lagi 1...cantik puding ni.....Sengaja aku letak warna hijau kuning....Kedah nooo....hahahaha....Nak tengok yang asal leh klik kat sini--->>> FB Salmie Ahmad Punya Kat sini pun aku letak resepinya...
Bahan:
Sebungkus agar2 (20-25gm)
4-5 cwn air
6 keping roti gardenia
2 biji telur
1 tin susu cair
1 tin susu pekat
1sudu teh esen vanila
cecair pewarna (suka ati nk kaler ape)
Cara:
1. Masak agar2 bersama air hingga larut, masukkan esen vanila.
2. Sementara tu blend roti, telur, susu pekat dan susu cair hingga hancur.
3. Bila agar2 dah betul2 larut, masukkan bahan2 yg di blend tadi, perlahankan api dan kacau hingga agak2 pekat.
4. Bahagi adunan kepada 2 bahagian dan letakkan warna (terpulang pada pilihan masing2)
5. Cara letak dlm loyang : Tuangkan lapis yang pertama di tengah2 loyang, diikuti lapis ke 2 di atas lapisan pertama tadi .Ulang langkah 1-2 hingga adunan habis.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila Komen Ye!