Pembuka bulan baru.....hehehe....ni salah satu resepi yang dah lama teringin nak buat.....hari ni jadi jugak.....sebagai kudapan petang....Resepinya aku ambik daripada dalam internet jugak.....Terima kasih kepada penyumbang resepi.....
Bahan Puff :
1 cawan air
90g butter-suhu bilik, potong kecil2
1 suku cawan tepung gandum- diayak
2 biji telur (pukul dalam mangkuk)
Sedikit garam
Cara:
Panaskan oven pada suhu 200 darjah c. Masukkan air, garam dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana. Bila dah mendidih tutupkan api.Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat. Panaskan semula di atas api sekejap sahaja. Angkat. Masukkan telur dan kacau dengan cepat. Adunan akan jadi macam ni.
Masukkan adunan ke dalam piping bag. Gunakan nozle berbentuk bintang.
Alaskan dulang pembakar dengan sedikit mentega. Paipkan bentuk siput/spiral atas dulang pembakar. Buat sehingga habis dan bakar hingga kuning keemasan.
Ni adunan yang dah masak. Biarkan sejuk.
Belah sedikit puff (jangan sampai putus). Lapiskan krim kastard di tengah-tengahnya.
Bahan Krim Kastard:
1 sudu besar tepung gandum
1/2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung kastard
4 sudu besar gula
1 cawan susu segar
1 biji telur
1 sudu besar mentega
Cara:
Masukkan tepung gandum, tepung jagung, tepung kastard dan gula ke dalam mangkuk. Masukkan 3 sudu besar susu. Kacau sampai tidak berketul. Masukkan telur dan kacau. Masukkan lebihan susu tadi dan masak hingga pekat dengan api yang sederhana. Bila dah siap, masukkan mentega. Kacau rata dan angkat.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila Komen Ye!