Sahabat-Sahabat Maya Saya --->>>

Khamis, 3 Februari 2011

Kek Coklat Kukus Lembab

Selalu membaking kek jer....kali ni cuba kita try kek kukus coklat pulak....Nampak macam best jer resepi dalam internet ni....Mudah jer nak sediakan.... 


Bahan:
1 cawan tepung gandum  
1/4 cwn serbuk koko van houten  
1 sudu kecil baking powder  
1 kotak kecil susu coklat (250ml)  
2 biji telur 
1 cawan gula halus  
1/2 cawan butter  
3 sudu besar susu pekat  
1/4 cawan minyak masak
1 sudu kecil esen vanila 


Cara: 

Pukul telur,gula dan butter sampai kembang. Kemudian masukkan esen vanila. Ayak tepung, serbuk koko dan baking powder. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur. Masukkan susu kotak, susu pekat dan minyak. Gaul sebati. Masukkan dlm loyang yg telah dilengser minyak/marjerin. Tutup dengan aluminium foil. Kukus 45min. Dah masak sejukkan. Utk topping masak coklat secara double boiler. Tambahkan sedikit butter dan susu pekat untuk mengilatkannya. Curahkan kat atas kek yg dh sejuk tadi. Hiaslah ikut suka. Simpan dlm peti sejuk beberapa jam sebelum dipotong.Baru sedap dimakan.

 



Ni rupa kek selepas dikukus.....

Ni pulak selepas dihias cantik....Baru syioqqq makan....



5 ulasan:

  1. insyaAllah :)
    boleh try..

    BalasPadam
  2. salam, kak dah try tapi x jdi pun,,,knpa ek?

    BalasPadam
  3. lahh....tak menjadi ekk...entah la kak...saya pun bukannya pro sangat...saya buat betul2 ikut sukatan tu...kadang2 kalau tutup kukusan tu tak rapat takut air kukusan menitik atas kek pun masalah jugak...kalau tak nak air menitik, boleh balut penutup kukusan dengan kain bersih warna putih...

    BalasPadam

Sila Komen Ye!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...