Sahabat-Sahabat Maya Saya --->>>

Sabtu, 16 April 2011

Kek Lapis Keju & Cheese Crackers

Seperti yang dijanjikan tadi.....menjadi jugak kek aku ni.....Kek ni kek kukus......bukan dibakar......Aku dapat resepi ni dari Myresepi.....Klik kat sini kalau nak tengok resepi asalnya.......Thanks Alongroz sebab resepi kek yang cantik, mudah dan sedap......




Ni lah rupa keratan rentas kek ni.....Aku letak jugaklah resepi kat sini.....

Bahan :
250 g Cream Cheese (1 ketul-aku guna Philadelphia)
250 g butter (1 ketul)
180 g gula halus
180 g tepung gandum (ayak)
1 sudu kecil baking powder
6 biji telur
1 bungkus biskut keju masin/ cheese crackers
Pewarna kuning
Coklat emulco/pes coklat

Cara :
Pukul mentega, cream cheese dan gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi. Tepung gandum diayak dengan baking powder. Masukkan ke dalam adunan sedikit demi sedikit. Gaul hingga sebati. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Warnakan 1 bahagian dengan pewarna kuning dan 1 bahagian lagi dengan coklat emulco. Lengser bekas dengan sedikit mentega. Masukkan 2 senduk adunan berwarna kuning ke dalam bekas dan ratakan. Susun biskut diatasnya. Kukus selama 10 minit. Kemudian sendukkan 2 senduk adunan coklat dan ratakan. Kukus selama 10 minit lagi. Ulangi proses ini sehingga adunan habis. Ingat, susun biskut hanya dilapisan adunan kuning sahaja. Bila dah habis semua adunan, kukus kek selama 30 ke 60 minit supaya kek benar-benar masak. Dah siap....



Ni biskut keju /cheese crackers



Bahagikan adunan kepada dua bahagian dan letakkan pewarna kuning dan coklat emulco


Ni layer pertama....kemudian kukus

 Ni layer kedua.....kukus lagi


Ni yang dah siap....


Psssstttttttt-->> Memang sedap kek ni.....rugi tak try.....hehehe.....



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila Komen Ye!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...