Wahhhhh.....menu favourite along.....Sabtu & Ahad baru ni aku balik kampung......balik sebab nak hantar pinggan mangkuk corelle pada mereka2 yang main kutu pinggan dengan aku....Disamping tu...nak balik makan kenduri sekali.....kenduri Mak Tam....mak saudara hubby.....adik abah (bapa mertua)
Macam tau2 ja kalau aku balik....pokok pisang yang ayah tanam kat tanah sekangkang kucing kat belakang rumah tu pun nak masak......mak bagi aku bawa balik 2 sikat pisang awak.....pas tu siap bekalkan sekali daun pisang...mak dah siap layurkan untuk aku sekalik.....apa lagi mau???......hehehe....tak boleh nak malas2 lagik dah......
Hari ni pisang tu dah masak ranum.....2, 3 hari ni aku tak sempat nak buat goreng pisang dengan pisang tu.....semalam (hari Selasa) lepas mesyuarat kat sekolah, aku pegi bank Rakyat beli saham......hari ni....pergi melawat kak Mus....lepas tu pergi Public Bank lak....sign surat loan.....Hari ni.....nak tak nak aku kena buat jugak.......kalau tak, bangun pagi esok...pisang tu akan jadi hitam......lepas tu masuk tong sampah la jawabnya....kesiannnnn mak aku....penat2 dia bekalkan kat aku.....
Ni resepinya.....malas aku nak copy banyak2 kali...pi klik kat sini.....
Tengah nak kukus
Ni yang lebihan....daun pisang tak cukup....aku masukkan dalam ni....
Aku masukkan ni sekali boleh?...Sebenarnya entry ni patut aku letak pada 7 April.......Tapi tak sempat ari tu nak masukkan.....aku nak balik kampung kelam-kabut hari tu......Resepinya senang jer....
Bahan:
Siput Retak Seribu (basuh dan toskan)
Serai (ketukkan)
Halia (ketuk)
Cili Merah (hiris)
Bawang besar (potong serong)
Cara:
Panaskan sedikit minyak. Tumis serai dan halia. Masukkan siput. Maukkan cili merah dan bawang besar. Masukkan sedikit garam dan perisa (tumix). Kacau2 dan tutup periuk. Biarkan atas api hingga siput terbuka dan masak. Kacau sesekali.
Psssstttttt-->>Berselera along makan lepat pisang.....aku lak berjaya meratah sekilo siput (hubby makan sikit je)....waaaaa.....sedap sungguh....

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila Komen Ye!