Sahabat-Sahabat Maya Saya --->>>

Sabtu, 7 Mei 2011

Lychee Panna Cotta

Cantik puding ni.....Asalnya tengok puding ni kat laman Kak Nor, Secubit Garam .....Bila tengok gambaran puding ni....teringatkan anak saudaraku , e.G.i.e yang sulung dan pertama dalam keluarga yang nak menamatkan zaman bujangnya tak lama lagi.......Mak akan mendapat cucu menantunya yang pertama bulan 6 ini......Hehehe.....

Untuk itu, aku dah berjanji nak buat puding ni untuk hiasan dan pencuci mulut meja pengantinnya nanti.....Tapi, sebelum tu, kena la aku jalankan dulu eksperimen puding ni dulu......kalau menjadi.....aku akan ON....hahaha....mana la tau....tup...tup...bila buat nanti tak menjadi lak.....surrender la haku......


Hasilnya.....jadilah macam ni puding aku.....Lychee Panna Cotta......Nak resepi, aku letak kat bawah ni...Nak tengok yang asal....pergi ke laman Kak Nor....Kak Nor buat lagi cantik....hehe

Bahan:
1 tin laici
2 cawan susu low fat/full cream
2 sudu besar gula 
3 sudu kecil gelatin halalgel & 3 1/2 sudu besar air (aku tak guna ni...aku gantikan dengan sedikit agar2)
1 /2 sudu teh esen vanila
1 paket jelly strawberi

Cara:

Ketepikan 5 - 6 biji laici. Blend lebihan laici bersama dgn 1 cawan jus laici. Blend sampai betul2 halus dan tapis. Ambil air dan ketepikan. Masak agar2 dengan lebihan air laici tadi (anggaran 1 cawan). Tapis. Kemudian masukkan susu, gula dan air laici yg ditapis tadi ke dalam periuk. Masak hingga hampir mendidih dan hendaklah sentiasa dikacau. Padamkan api dan masukkan vanila. Kacau hingga sebati. Tuang ke dalam gelas. Sejukkan dalam peti ais sampai beku. Masak jelly mengikut arahan di kotak dan biarkan sejuk.
Tuangkan ke atas Lychee Panna Cotta perlahan2. (pastikan panna cotta dah membeku supaya jelly tak tenggelam ke dalam panna cotta). Masukkan kembali panna cotta ke dalam peti ais dan biarkan sejuk.
Hiaskan dgn hirisan laici sebelum dihidangkan.
* Laici yg diblend bersama jus laici td akan menghasilkan lebih kurang 1 1/2 cawanair laici selepas ditapis.


Ni jelly kotak yang aku gunakan....Ada macam2 perisa sebenarnya.....Terpulang la nak gunakan jelly perisa apa pun.....


Resepi kat atas tu boleh dapat sebanyak ni.....7 gelas sebenarnya......Tapi, 1 dah disonglap dalam perut....hehehe......Gelas ni jer yang ada di rumah pun......nanti nak cari gelas yang lawa2 sikit untuk letak atas meja pengantin....Lagi satu, kat rumah ni x da stok buah cerry merah nak hias kat tengah2 macam kak nor buat tu....jadi, aku hias dengan laici jer....hahahaha.....guna jer la apa yg ada kat rumah ni kan.....






Psssstttttt-->>Jom try buat......sedap kalau makan masa cuaca panas....sejuk jer tekak...


2 ulasan:

  1. salam husmyna.. mekasih sudi try resipi ni.. sedap tak? elok jer jadi tu.. kalau nak buat masa makan beradap kena cari cup yg comel sket.. semoga berjaya buat nanti masa kenduri anak sdara tu ya.. :)

    BalasPadam
  2. w'salam....hehehe...memang sedap k nor....tq sudi kongsi resepi....banyak resepi2 kat blog k nor yg best2....

    BalasPadam

Sila Komen Ye!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...