Sahabat-Sahabat Maya Saya --->>>

Selasa, 16 Ogos 2011

Daging Goreng Kunyit , Air Teh 'O' Laici & Agar2 Sirap

Malam tadi tak masak...cuti.....kami berbuka di Hotel Orchard, Lumut.... Ada orang mau belanja daaaa......Kesimpulannya....terbaekkk gak la....buffet style...macam2 jenis makanan jugak yg ada.....memang best......Jadi, entry yg nak dimasukkan ni ialah entry hari sebelumnya....15 hb punya......hehe.....selalu lambat haku nih....malas punya cerita......

Aku masak daging goreng kunyit campur kacang buncis. Lepas tu masak agar2 sirap....Dah lama tak buat ni.....penghilang dahaga...makan sejuk2....perghhhh....kalah puding2 lain....Minum lak dengan air teh 'o' laici...Memang terbaekkkkk.....kehkehkeh....

Resepi Daging Goreng Kunyit macam ni....

Bahan:
Daging (gaul garam & kunyit)
Ubi kentang (gaul garam & kunyit)-aku tak bubuh
Kacang buncis/panjang (potong pendek2)
Minyak
Garam
Bawang merah (hiris bulat)
Cili merah (hiris)

Cara:
Goreng ubi kentang. Asingkan. Goreng daging sampai empuk. Masukkan kacang buncis/panjang. Masukkan sedikit garam. Masukkan ubi tadi dan bawang serta cili merah. Goreng seketika dan angkat.


Ni air teh 'o' laici. Caranya, buat air teh 'o' macam biasa. Masukkan air laici dalam tin tu beserta dengan buahnya sekali. Rasa dulu. masukkan gula mengikut manis yang disukai. Masukkan ais.



Ni lak agar2 sirap....Resepi ni pun nak gak ke?

Bahan:
Agar2
Daun pandan (simpulkan)
Gula
Sirap
Air

Cara:
Masak agar2 dengan air dan daun pandan simpul sampai hancur. Masukkan gula. Masukkan sirap. Tuang dalam bekas dan sejukkan.



Yang ni pulak kuih lopes.....Mak Faridah, pengasuh budak2 ni yang bagi....favourite kak ngah ngan adik....




Psssttt-->>Ada projek ini hari....tunggu ye...


2 ulasan:

  1. erm... bulan-bulan puasa ni.. tgk agar sirap tuh.. erm... yummmy yummmmy
    --
    khaizabeautyshop

    BalasPadam
  2. Khaiza~agar2 sirap tu jugak yang menggoda kan....hahaha

    BalasPadam

Sila Komen Ye!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...