Sahabat-Sahabat Maya Saya --->>>

Rabu, 24 Ogos 2011

Muffin Pisang & Tomyam

Ni menu Iftar hari yang ke 20....Buat muffin pisang ni sebab banyak pisang yang jiran bagi....dah nak kehitam-hitaman dah kulitnya....last2 tak mau membazir, aku buat muffin pisang....aku guna resepi Kek Pisang Moist...cuma kali ni aku letak dalam cup dan taburkan coklat chip.....bagi menarik sikit...Resepi ada kat bawah...



Bahan-bahan :
250gm butter
1 cawan gula (mesin halus)
4 biji telur
1/2 camca teh garam halus
1 camca teh esen vanilla
4 sudu besar susu pekat(susu segar Dutch lady pun boleh)
3 cawan pisang lecek
2 cawan tepung
1 camca teh soda bikabornat
1 camca teh baking powder
Walnut, macadamia, pecan nuts (Optional)

Cara-cara :
1. Putar majerin dan gula hingga kembang dan berkrim.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil teruskan putar
3. Tambahkan susu, esen vanilla dan garam halus.
4. Perlahankan mixer. Masukkan pisang lecek.
5. Masukkan tepung hingga agak-agak sebati. Hentikan mixer.
6. Masukkan kacang-kacang pilihan yang telah dipotong kasar. Gaul rata dgn spatula.
7. Bakar pada suhu 175 darj cel selama 50min hingga ke 60min.

Yang ni sebelum bakar punya....


Yang ni lak aku buat tomyam....Menu hari ke 23....Tom yam udang dan sotong....Hari tu masa beli tom yam kat kedai sedapppp sangat...so aku belek2 la tom yam dia...apa yg dia letak....rasanya sebab lengkuas kot sebab aku nampak ada hirisan lengkuas kat situ.....Jadi, tom yam kali ni aku cuba letak hirisan lengkuas....Resepi kat sini....Sini pun aku letak....


Bahan-bahan:
Ayam, udang, sotong dan daging (ikut suka)
1 biji bawang besar dipotong menyerong
2-3 serai (ketuk)

Lengkuas (hiris nipis)
Halia (ketuk)
pes tomyam
Sedikit air asam limau 
Sedikit daun limau purut 
Cili padi ( ikut suka)
Sayuran ( bunga kobis, celeri,baby jagung, tomato & carrot)   
Air dan garam  
Daun ketumbar 
Tomato (potong)

Caranya: 
Tumis serai. Masukkan air dulu dalam periuk anggaran setengah periuk. Bila didih jer, masukkan ayam, daging, sotong.  Biar dulu agak2 dah agak masak masukkan pes tom yam. Lepas tu masukkan bawang, lengkuas, halia, segala sayuran, daun limau purut, air asam, garam dan cili padi . Biar didih kejap. Masukkan tomato. Tabur daun ketumbar.....tapi aku x suka bau daun tu....so aku tabur la daun sup...



Psssttt-->>Rasanya? memang ada kelainan...cuba try.... 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila Komen Ye!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...