Hari ketiga dah kita berpuasa....Setakat ni belum betul2 kekeringan idea lagi.....hehe...boleh la...setakat nak mereka cipta resepi yang bukan-bukan....ada bahan2 basah...tapi tin sardin jugak yang nampak....sebabnya, tin sardin tu dah lama duduk dalam gobok....bila ler nak guna ni....Last2 jadi ler resepi ni....
Bahan:
1 tin tuna/sardin
Kentang (potong kecil dan goreng dgn minyak. Lepas tu lenyekkan)
Daun bawang/daun sup (hiris)
Cili merah (hiris)
Garam
Bawang besar (hiris)
Bawang besar (hiris)
Telur 3 biji
Lada sulah
Air limau/air asam
Cara:
Masukkan tuna/sardin dalam bekas dan hancurkan dengan sudu. Masukkan kentang lenyek, daun bawang, daun sup, bawang besar, cili merah, garam, lada sulah, air limau dan telur. Kacau rata. Nanti jadi macam ni......
Dengan menggunakan kuali leper, dadarkan adunan. Alih-alihkan hingga masak.....
Ikan temenung banyak dalam esbox....asyik2 goreng jer...boring la jugak....jadinya, aku rebus je...lepas tu buat air asam...curah atas ikan....Resepi air asam..
Bahan:
Cili merah (hiris)
Cli padi (hiris)
Bawang besar (hiris)
Belacan
Tomato
Garam
Gula
Air asam/air asam limau
Cara:
Masukkan semua. Sebatikan. Aku tak bubuh tomato sebab tak ada...
Psssttt--->>Sedapnya kalau daging bakar cicah air asam....terkenang2 la pulak....

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila Komen Ye!