Hari ni bithday hubby....Tapi kek ni aku buat semalam....hehe....Tak pernah2 birthday siapa2 aku baking kek sendiri....selalunya beli siap aje....tapi kali ni nak buat kelainan sikit.....Minta2 terselit la rasa terharu sikit di hatinya....keh...keh...keh.......
Kek ni tak yah baking pun....tu yang senang tu...aku dapat resepi ni dari blog IDAZS....dia pun ambil dari blog Kak Nor & Kak Zai....Boleh klik sendiri kalau nak tengok variasi kek diaorang...
Lagi 1, dah lama cari gelatin....tapi tak jumpa...nak order online malas la pulak....alih2 jumpa gelatine HALAGEL ni kat Giant....terus sambar....dah2 pulak nak dekat ngan tarikh birthday ni....timbul idea dalam kepala otak....hehe...serentak terbayang2 kek Strawberry Cheesecake kat blog Ida.....lagi la menggoncang2 hati dan jiwa raga nak try buat.....
Ni la gelatine tu....Resepi kek ni aku paste kat bawah dari blog IDAZS...
Bahan A (Base)
180gm cream cracker Jacob (aku guna biskut TIGER)
120gm butter
Bahan B (Cheese)
250gm cream cheese250ml whipping cream
140gm gula castor
2 sudu besar jus lemon
15 gm gelatin halal - campurkan air dgn gelatin atas double boiler dan sejukkan
100 ml air
*Beberapa biji strawberi dipotong halus
Bahan C (Topping)
1 sudu besar gelatin
1/2 cawan strawberry filling
1/3 cawan air
Sedikit buah strawberi utk hiasan
1 sudu besar gelatin
1/2 cawan strawberry filling
1/3 cawan air
Sedikit buah strawberi utk hiasan
Cara membuatnya:
Bahan A
Cairkan butter, hancurkan biskut cream cracker.
Gaul sebati dan kemudian mampatkan dalam loyang bersize 8”.
Simpan dalam peti sejuk selama 30 minit.
Lupa lak nak ambil gambar yg loyang besar tu...tgk contoh gelas kecik pun ok kan...
Bahan B.
1. Masukkan gelatin ke dalam air. Panaskan dengan cara double boiler. Kacau hingga gelatin larut sepenuhnya. Ketepikan. 2. Pukul whipping cream sehingga gebu dan pekat.Ketepikan.
3. Dalam mangkuk lain pukul cream cheese, gula castor dan jus lemon hingga adunan menjadi sebati.
4. Setelah itu masukkan gelatin dan gaul lagi sehingga sebati.
5. Kemudian tuangkan adunan ini ke dalam bekas yang berisi krim putar tadi dan gaul rata dengan menggunakan whisk.
6. Keluarkan loyang berisi biskut tadi dah curahkan 1/3 adunan cheese kedalamnya, ratakan.
7. Kemudian, taburkan potongan buah strawberi di atas adunan cheese tadi. Akhir sekali tuangkan adunan sampai habis.
8. Ratakan. Sejukkan dalam peti ais 2 - 3 jam utk proses beku sepenuhnya.
Tabur potongan strawberry
Bahan C
1. Masukkan gelatin ke dalam 1/3 air dan panaskan dgn kaedah double boiler. Kacau hingga gelatin larut.
2. Kemudian, masukkan ½ strawberi filling dan kacau sebati.
3. Keluarkan loyang berisi adunan cheese dari peti sejuk dan aturkan buah strawberi ke atasnya.4. Tuangkan adunan topping dan ratakan. Masukkan kembali dalam peti sejuk.
5. Bila adunan dah betul2 sejuk boleh lah dipotong dan hidangkan.
Keluarkan loyang yang dah sejuk tadi....
Susun dan hias dengan strawberry dan boleh curahkan topping...
Versi potongan punya...
Memang bestttt....
Psssttt-->>Sedap kek ni....tapi tak leh makan banyak2...muakkkk...kena makan sikit2....

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila Komen Ye!