Sahabat-Sahabat Maya Saya --->>>

Ahad, 4 September 2011

Ketupat Daun Palas & Rendang Daging

Balik dari kampung hari tu, bawa balik daun palas...konon2 boleh buat ketupat....hari ni bila tengok daun palas, terasa nak makan ketupat lak....Pergi cari bahan2...balik, terus buat.....sesaja nak makan jer sebenarnya.....kebetulan dalam peti ais cuma ada daging jer...tu pun tak banyak...jadi la....buat lepas gian.....

Rupanya rezeki family Pak Ndak.....hehe....elok2 habis rebus ketupat jer...dapat call dr hubby kat tempat kerja bagitau Pak Ndak & family dari Kampar nak datang beraya...elok sangat ler tu....rezeki diaorang leh makan ketupat & rendang hari ni....


Resepi Ketupat Daun Palas ada kat bawah ni aku letak.....pun resepi dari mak...

Bahan:
1 kilo beras pulut (basuh dan toskan)
1 kilo santan pekat (tak nak lemak banyak, leh kurangkan)
Sedikit garam
Sedikit gula
Daun pandan (racik dan simpulkan)
Daun palas
Jagung @ kacang ketupat (kalau suka)

Cara:
Masak santan pekat. Masukkan garam, gula dan daun pandan. Masukkan beras pulut tadi. Pastikan santan sama paras jer dengan beras pulut. Supaya pulut tak lemik sangat. Biarkan hingga separuh masak. Sentiasa dikacau supaya tidak berkerak. Lepas tu angkat dan boleh dibalut dengan daun palas. Boleh juga dicampur dengan jagung atau kacang ketupat kalau suka. 

Setelah habis balut, masukkan semua ketupat tadi ke dalam periuk besar dan rebus dengan air (bagi tenggelam ketupat). Rebus hingga air kering. Angkat dan sejukkan. Makan dengan rendang.
 
 Sila buka dulu daun palasnya...bagi mudah nak masukkan pulut nanti....

Ketupat dah siap...tapi belum rebus...


Rendang daging pun sama je caranya dengan rendang ayam yang pernah aku masukkan entry dulu tu kat sini....Tapi, aku letak la jugak resepi kat sini...punnnnn resepi mak...hehe...


Bahan:
Daging (hiris kecil2)
Bawang besar(kisar)
Bawang putih(kisar)
Halia(kisar)
Lengkuas(kisar)
Serai(kisar)
Cili kering(kisar)
Daun Kunyit
Kerisik
Santan pekat
Air asam jawa @ Asam keping
Gula
Garam

Cara:
Tumiskan bahan kisar. Goreng hingga naik bau. Masukkan kerisik dan daun kunyit. Tadi tak ada daun kunyit. Jadi aku letak daun limau purut yang dihiris halus. Masukkan gula, garam dan air asam atau asam keping (mana2 satu). Masukkan daging. Kacau2. Masukkan santan.Kacau. Biarkan hingga kering sedikit. Masak sampai daging empuk.





Psssttt--->>>Esok dah start sekolah....sudah2 la tu raya..tumpuan pada budak2 nak peksa la pulak...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila Komen Ye!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...