Sahabat-Sahabat Maya Saya --->>>

Sabtu, 29 Januari 2011

Homemade Coklat

Sekarang ni dah menjadi kegilaan penggemar2 coklat membuat coklat sendiri kat rumah......Dah la comel2...macam2 bentuk dan warna pulak tu.....Aku pun tak tahan melawan godaan daripada try buat homemade coklat ni....hasil google mencari cara membuat dan bahan2nya....maka terhasillah ini.....tadaaaaa.......hehehe.....cantik tak?

Menurut beberapa blogger.....Coklat Compound Brand Collatta memang sedap nak buat homemade coklat ni....bila dah siap buat...memang betul...sedap coklat ni....macam Cadbury....Tengok gambar ni kalau nak tau macam mana rupa coklat ni.....Dekat supermarket tak de jual ni.....Ada dijual di kedai bahan2 buat kek ajer...Rasanya akalau buat topping kek atau biskut Almond London pun sedap ni....


Dalamnya macam ni.....Ada 3 jenis coklat ni iaitu dark, milk dan white. Saya gunakan milk....Takut kalau beli dark....pahit pulak coklatnya......yg milk memang budak2 suka......


Caranya.......Panaskan coklat guna kaedah double boiler....Kalau nak letakkan badam ke, kekacang ke...kismis ke...pun boleh.....terpulang....Panggang dulu kacang atau badam tu.....Dah cair coklat tu, masukkan dalam piping bag....macam ni.....


Kalau nak letak kekacang tadi, masukkan sedikit coklat ke dalam mould(bekas berbentuk), biarkan beku sedikit, masukkan kekacang dan lapiskan dengan coklat hingga penuh.
Ni la coklat yang dah diletakkan dalam mould berbentuk bunga ros dengan bentuk hati(love).....



Ni hasilnya bila dah beku.....Nak cepat, bekukan dalam freezer dalam 2 atau 4 minit....Keluarkan dari mould seperti keluarkan ais......





Bila2 senang nanti nak try buat yang berwarna pulak....berlapis2 warna pun cantik.....Tapi...bila?????






Muffin NONA

Kotak Muffin jenama Nona ni dah lama beli tapi tak buat2 lagi.....terperuk jer dalam almari nun....lama2 luput lak tarikhnya.....bukan susah pun...tambah telur 3 biji dengan sedikit air dan minyak jer pun....hehehe.....5 minit jer siap untuk di baking.....



 

 










Isnin, 24 Januari 2011

Spaghetti Goreng

Wah...dari semalam teringat2 nak makan spaghetti goreng ni....Tapi semalam malas betul nak masuk dapur....Hari ni, balik ja dari sekolah terus masuk dapur keluarkan apa2 yang patut....jadik.....dapat makan spaghetti hari ni.....perut pun lapar...cuaca pun mendung dan hujan....kena dah la tu....canteeekkkk sangat...Bahan2 pun bukannya ada sangat....aku bubuh jer ayam dan sayur campur....senang....

Bahan :
1/2 paket spaghetti 
Ayam  (potong kecil)
2 ulas bawang putih  (hiris kecil)
1 biji bawangbesar (hiris kecil)
Cili kering mesin 
Sos tiram  
Kicap
Telur(kalu nak bubuh la)
Garam
Sos Cili
Sedikit cuka
Gula
Sayur Campur
Daun sup/daun bawang(hiasan)

Cara:
Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan bawang besar. Masukkan cili mesin dan garam serta gula. Tunggu sehingga cili masak. Masukkan ayam. Bubuh kicap, sos cili, cuka & sos tiram. Masukkan sayur campur.
Masukkan spaghetti.Gaul rata dan rasakan garamnya.Hidangkan dengan hirisan daun sup, daun bawang, cili hidup, bawang goreng dan telur.







Khamis, 20 Januari 2011

Ketam Masak Sup

Pergi pasar malam....jumpa ketam...macam lawa jaaaa.....hehe...besar pulak tu....Beli dulu...tunggu cuti, masak baru sedap makan ramai2......Ketam ni kalau nak makan kena mengadapnya berjam2...nak kopek untuk diri sendiri...untuk anak2.....Tak rugi beli ketam ni....memang manis dan sedap.....isi banyak betul....padan la...3 ekor sekilo beratnya.....kali ni buat sup ketam....errmmmmm.....sedappppppp....

Bahan:
Ketam 
Sedikit minyak masak utk menumis
Halia(ketuk)
Bawang merah (hiris)
Bawang putih (hiris)
Cili merah/cili padi(hiris)
Batang saderi
Cendawan(kalau ada lagi best...aku x bubuh...x ada)
Sedikit daun bawang 
Sedikit daun sup
Garam

Cara:
Tumis bawang merah dan bawang putih. Selepas kekuningan, masukan halia. Masukkan air. Kemudian masukkan ketam, cili merah/cili padi. Rebus sehingga masak. Kemudian masukkan batang saderi dan cendawan. Hiaskan dengan daun bawang dan daun sup.(aku x bubuh sebab malas nak ke kedai)



Ahad, 9 Januari 2011

Ikan Masak Asam

Ikan isi ni selain buat gulai, buat masak asam atau masak kicap pun sedap....goreng saja pun sedap...makan panas-panas....Ni resepinya



Bahan:
Ikan 
Cili merah/cili padi(hiris)
Bawang besar(potong bulat)
Bawang putih(hiris)
Halia(hiris memanjang)
Air asam jawa
Kunyit
Garam

Cara:
Ikan dilumur garam dan kunyit. Kemudian digoreng. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia. Masukkan air asam jawa dan garam. Masukkan ikan. Biar mendidih/masak.
 


Sabtu, 8 Januari 2011

Puding Roti Berkuah Kastard

Buat ni untuk sarapan esok....Semua bahan dah ada...senang....campak2...bakar...dah siap...curah kuah kastard....sedap....Tak caya...try buat.....

Bahan A
500 ml susu segar kotak/fresh milk (1/2 kotak susu yg besar)
12-13 keping roti

Bahan B
1/2 cawan gula 
2 sudu besar mentega
2 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar tepung jagung

Bahan C

2 sudu besar kismis (tak nak letak pun tak apa)
 Sos Kastad
1 tin susu cair
2 s/b tepung kastad
2 s/b gula

Cara :

Hancurkan /koyakkan roti dan rendam dalam susu. Blend bahan B.
Masukkan kismis, gaulkan dan tuangkan kedalam loyang.
Bakar dalam suhu 180'C selama 30 minit/masak.
Gaulkan bahan sos kastad dan masakkan diatas api yg sederhana sebentar.Tuangkan sos diatas puding semasa menghidang.


Tengah bakar


Dah masak....baru keluar oven...


Ni kuah kastardnya....



Errrmmmm... sedappppp......meh makan...




  


Puding Roti Marble

Resepi ni datangnya dari kawan aku masa Tingkatan 6 Sekolah Menengah Ibrahim, kat Sungai Petani dulu.....jumpa balik dalam FB.....Aku ambik resepi mu yer Salmie.....boleh nooo......Resepi ni sungguh mudah nak buat dan sedap pulak tu....Lagi 1...cantik puding ni.....Sengaja aku letak warna hijau kuning....Kedah nooo....hahahaha....Nak tengok yang asal leh klik kat sini--->>> FB Salmie Ahmad Punya Kat sini pun aku letak resepinya...

Bahan:
Sebungkus agar2 (20-25gm)
4-5 cwn air
6 keping roti gardenia
2 biji telur
1 tin susu cair
1 tin susu pekat
1sudu teh esen vanila
cecair pewarna (suka ati nk kaler ape)

Cara:
1. Masak agar2 bersama air hingga larut, masukkan esen vanila.
2. Sementara tu blend roti, telur, susu pekat dan susu cair hingga hancur.
3. Bila agar2 dah betul2 larut, masukkan bahan2 yg di blend tadi, perlahankan api dan kacau hingga agak2 pekat.
4. Bahagi adunan kepada 2 bahagian dan letakkan warna (terpulang pada pilihan masing2)
5. Cara letak dlm loyang : Tuangkan lapis yang pertama di tengah2 loyang, diikuti lapis ke 2 di atas lapisan pertama tadi .Ulang langkah 1-2 hingga adunan habis.






Khamis, 6 Januari 2011

Kerabu Buah Kedondong

Balik dari Shah Alam hari tu, aku bawa balik buah kedondong.....pokok kat rumah abang ipar....bagusnya tak ada serabut dalam buahnya(pulur).....Senang aku nak buat kerabu. Sagat jer sampai habis.... Sedap rupanya kerabu buah kedondong ni........Resepinya klik kat sini --->>> Kerabu Buah Kedondong





 



Ahad, 2 Januari 2011

Ikan Jenahak Sweet Sour & Kerabu Pucuk Paku

Jalan-jalan rumah adik di Damansara....Dekat la rumah dia dengan IKEA....sempat la lagi menyinggah dan menyoping.....hehehe.......Tidur sana...satu malam....cuti kejap jer...tak dan nak duduk lama2.....Yang syoqnya beli ikan kat sini....selain dari orang kedai tolong siangkan, kita boleh minta dia potong bagaimana rupanya pun....ikan jenahak ni orang kedai tu potong fillet...Isi ikan sahaja...senang nak makan...tulang ikan dan kepala ikan pun ada sekali la....tulang ikan tu boleh la dibuat sup....Bukan tulang semata2...ada la lekat2 isi ikan tu...Adik minta aku buatkan masak sweet sour...

Bahan :
Ikan
Tepung jagung
Cili kering kisar
Bawang besar (kisar)
Halia (kisar)
Bawang putih (kisar)
Sos tomato
Sos cili
Gula
Garam
Bawang besar (potong bulat)

Cara:
Goreng ikan yang disalut dengan tepung jagung. Ketepikan. Tumis bahan kisar. Masukkan cili kisar. Masak sampai naik bau. Masukkan sos cili dan sos tomato. Masukkan garam dan gula dan bawang besar potong bulat. Kacau hingga masak. Curahkan atas ikan dan hiaskan dengan daun salad, daun bawang dan daun sup.






Pucuk paku banyak adik beli...... Dia buat kerabu...Sedaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaapppp sangat kerabu dia....(ni dia pesan suruh tulis dalam blog).......hehehe

Bahan:
Pucuk paku (bersihkan dan celur)
Kerisik
Beras (goreng garing tanpa minyak dan blend kering)
Bawang merah (hiris halus)
Halia (hiris halus)
Cili merah (tumbuk)
Cili padi (tumbuk)
Sedikit belacan (tumbuk)
Udang kering (tumbuk)
Garam
Gula
Santan pekat (didihkan bersama sedikit air asam jawa)
Ikan kembung (rebus dan ambil isinya-tumbuk)

Cara:
Gabungkan semua bahan dan gaulkan dengan pucuk paku.



 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...