Lama punya entry ni patutnya...bulan 12 tahun lepas punya masakan....Ambik resepi ni dari buku Chef Hanieliza...tajuknya '1 Hari 1 Resepi'...Boleh jugak tengok resepi2 Chef Hanieliza melalui blog beliau....Nak tengok resepi Bihun Sup Utara pun ada....klik jer kat link ni....
Kat bawah ni gambar aku snap buku beliau yang aku buat rujukan nak buat bihun sup utara...
Ni resepinya..
Bahan A :
1 bungkus bihun
2 sudu makan serbuk kunyit
Cara :
Direndam beberapa jam dan toskan. Celurkan sekejap dan toskan.
Bahan B (Untuk Kuah) :
500 gm daging
500 gm tulang
1 bungkus rempah sup bunjut
2 inci halia (hiris)
3 ulas bawang putih (hiris)
5 biji bawang merah (hiris)
1 sudu makan lada hitam (tumbuk kasar)
1 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Cara :
Rebus bahan kuah sehingga daging betul2 empuk. Macam buat sup. Asingkan daging. Daging dihiris nipis.
Bahan C (Untuk Sambal Merah) :
15 tangkai cili kering (kisar)
4 biji bawang merah (kisar)
3 ulas bawang putih (kisar)
1 labu bawang besar (dimayang)
3 sudu makan sos tomato
3 sudu makan sos cili
2 sudu makan minyak masak
1 sudu makan cuka
1 sudu teh gula
Garam secukup rasa
Cara :
Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga wangi dan pecah minyak. Masukkan sos tomato dan sos cili. Masukkan cuka dan gula serta garam. Masak hingga pekat.
Bahan C (Untuk Hiasan) :
Daun sup (hiris)
Daun bawang (hiris)
Cili merah (hiris)
Limau kasturi (belah dua)
Cara:
Masukkan bihun dan daging yang dihiris. Hiaskan dengan bahan hiasan. Masukkan kuah. Hidangkan dengan kuah sambal merah.
Ni sebelum dicurahkan kuah sup
Psssttt--->>>Memang renyah bahan2 dan cara buatnya....tapi best dapat buat sendiri....=)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila Komen Ye!