Memang dah lama teringin nak buat kek ni....Tapi bila melihatkan bahan2nya dan cara2nya....wahhh...macam cerewet jer.....Tapi sebenarnya tak pun....Lagi2 kalau tgk blog Kak Ita Masam Manis.....lagi mudah....sebab Kak Ita tunjukkan cara membuatnya step by step....
Resepi ni pun aku ambil dari blog Masam Manis Kak Ita ler...Nak lagi best, pergi tengok blog Kak Ita....mesti melopong menengoknya....gambar2 masakan kat blog Kak Ita.....wahhhhhh....lawa2 betul....Semua kek2 yang dia buat memang cantik2 belaka.....khayal sekejap bila masuk situ.....
Kat sini pun aku letak resepinya....Selamat mencuba....rugi kalau tak cuba....
Bahan/Cara Buat Gula Hangus
-2 sudu besar gula pasir
Sediakan loyang 8 inc. Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan. Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang. Ratakan gula dgn menyenget2 kan loyang kiri dan kanan
Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras. Ketepikan.
Bahan/Cara Buat Karamel
(aku buat double supaya lebih tebal karamelnya)
-1/2 tin susu cair
-70g gula castor
-1/2 sudu teh esen vanilla
-3 biji kuning telur
Kacau susu dan gula hingga gula larut. Kacau telur dan esen perlahan. Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje. Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi. Ketepikan.
Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.
(Adunan ni tak perlu di bakar dulu ye! kita akan bakar adunan ni bersama adunan kek nanti )
Adunan Kek Bahan 1
-70g gula kastor
-3 biji telur kuning
-135ml air
-45ml minyak masak
Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih. Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.
Adunan Kek Bahan 2
-140 gm tepung gandum
-1 sudu teh baking powder
Matikan mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak. Masukkan sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna. Ketepikan.
Bahan/Cara Buat Merinque
-6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
-70g gula castor
-1 sudu teh krim of tar2
Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering. Pukul putih telur hingga berbuih. Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuh. Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunan tepung tadi. Gaul rata secara kaup balik. Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak.
Letakkan pewarna yang anda sukai.
Kemudian tuangkan adunan kek ni ke atas lapisan karemel tadi. Belang- belangkan adunan. Tuang 3 sudu lapisan pink, kemudian 3 sudu lapisan hijau di tengah-tengah lapisan pink. Kemudian tuangkan pula 3 sudu lapisan kuning di tengah-tengah lapisan hijau.
Panaskan oven terlebih dahulu. Panaskan pada suhu 170 C terlebih dahulu. Bila dah masukkan kek dalam oven, tukar pada suhu 160C. Gunakan api bawah sahaja.
Guna Kaedah Steam Bath
Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi. Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi. Letakkan pada rak bawah dalam oven. Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak. Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama. Selepas masak, biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.
Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri. Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.
Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama. Kek ni juga sedap di makan dikala sejuk.
Bila terbalikkan, jadi la cam ni.....
Dah sejuk, baru boleh potong....
Layer kat dalam...
Nak tau sedap ke tak....tanya adik....sampai terbeliak biji mata makan kek ni...hehe...
Psssttt--->>>Seronoknya bila kek menjadi....


















Salam kenal Husmyna, bersila rapat anak tu makan kek. Kakzana belum ada mood rajin nak buat kek ni, dlm list jugak. Tengok gmbr mcm senang je nak buat.
BalasPadamSalam kenal juga...senang sebenarnya...tgk macam renyah jer kan....try la...mesti berpuas hati....sedap kek ni....anak2 angkut kejap jer abis...=)
BalasPadamsalam, bestnye kek ni, tp cara nk bt tu mcm susah jer
BalasPadamazie.....tak lah....mmg nampak mcm rumit...tapi ok...try dulu....=)
BalasPadamsalam kenal Husmyna,cantik nampak kek tu macam tingin je akka nak buat..
BalasPadamSalam kenal gak Kak Noor.....buat la kak....tak susah pun...sedap jer....hehe
BalasPadamagak-agak besar mana nk wat kek karamel ek?
BalasPadamuntuk bahan2 banyak ni, leh dapat kek sebesar loyang 8 inci
BalasPadamsy dh wat tp x naik. gune api bwh. naper ek
BalasPadamnaper kek tak naik? dok bakar ni. tensen btl la.
BalasPadamija....kek x naik?? kenapa ekk....ija ada buka2 oven tak? kalau dok buka2 dia leh bantut gak tu....nak cakap pun tak tau....saya pun bukan la pro sgt....hehe
Padamboleh x kalo saya nak kukus kek karamel ni?
BalasPadamsaya rasa tak boleh kot....kek ni kena bakar jer rasanya...cer tanya kak Ita kat blog masam manis...dia lebih arif lagi pasal kek2 ni....saya ikut jer step2 dia bagi tu....
Padam