Ini adalah makanan kegemaran anak2 dan mamanya...sedap betul dapat makan sagu ni dalam keadaan sejuk2....tak tergambar betapa bestnya....hahaha....salah satu dessert yang paling best....sedap gilerrrr....
Sebenarnya kalau gantikan santan dengan susu cair lagi best rasanya....cer try.....Resepi ada kat bawah....
Bahan:
2 cawan sagu biji
5 cawan air
Gula melaka dijadikan sirap (masak atas api)
-Guna gula merah pun boleh
Santan (masak atas api + sedikit garam) @ gantikan dgn susu cair (x perlu garam)
Caranya:
Mula2 masak gula melaka/gula merah dengan sehelai daun pandan sampai menggelegak dan gula tu cair. Sejukkan.
Pastu rendam dua cawan sagu kira2 30 minit.
Selepas itu, jeranglah lima cawan air dalam periuk. Kalau nak pewarna, letak pewarna yg disukai.
Apabila air mendidih, toskan sagu yang telah direndam tadi. Masukkan cepat2 ke dalam periuk air mendidih itu lalu kacau perlahan-lahan sampai sagu nampak jernih.
Bila dah cukup jernih, tuangkan sagu ke dalam petapis dan lalukan ke air paip hingga semua cairan sagu hilang dan yang tinggal hanyalah biji sagu yang dah kembang.
Pastu, tuangkan ke dalam bekas2 comel yang ada. Sejukkan dalam peti ais. Bila dah sejuk dan keras, keluarkan sagu, letak dalam mangkuk.
Tuangkan santan/susu cair keatasnya dengan diikuti gula melaka.
Kalau nak sejuk, letakkan sedikit ais.
Psssttt--->>>Pasti nak buat lagi lepas ni....sebab kak ngah dah suruh beli sagu masa ke kedai hari tu.....hehe....Nampak sangat feveret diaorang.....

thanks, atas perkongsian resepi...
BalasPadamTQ Irma sudi singgah....nama pun blog kitchen....hehehe...penuh rsepi la dlm ni....=)
BalasPadamnak try la...cambest jer...susu tu xperlu masak ke?
BalasPadamAlfa Angel~tak perlu masak susu tu...masukkan dalm peti ais jer....sejuk2 baru sedap...=)
BalasPadamermmm..yummy!....
BalasPadamermm walla~~ sgt sedap kak....dah try buat...rs sekali nk lagi....mkn sejuk2 mmg sedap..tp sagu sy xberbentuk..hehe..lembik je...
BalasPadamAlhamdulillah....menjadi gak ye...mmg sedap...anak2 akak paling suka....kejap jer licin....kalau nak berbentuk elok keluar dari acuan, biar dok dlm peti ais semalaman. esoknya keluarkan, insyaAllah keluar dr acuan berbentuk elok....
BalasPadam