Sahabat-Sahabat Maya Saya --->>>

Rabu, 28 Mac 2012

Asam Pedas Ikan Tenggiri

Ini pun entry yang sepatutnya sudah lama dipost.....haiyoooo....gara2...dot...dot...dot...baca jerlah entry ni....Ni pun dah dikira coming back dah ni....hehe...


Ini resepi Asam Pedas....pun ambil dari buku resepi '1 Hari 1 Resepi' Chef Hanieliza....



Dalam buku ni resepi Asam Pedas Ikan Pari....tapi aku tukar ikan daaa...Ganti dengan ikan tenggiri...
Resepinya....


Bahan :
Ikan (apa2 jelah)
Kacang bendi
Tomato
Air asam jawa
Daun kesum
Air secukupnya
Sedikit minyak masak
Garam secukup rasa

Bahan kisar :
Cili kering
1 labu bawang besar
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sudu teh serbuk kunyit

Cara :
Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga pecah minyak dan wangi. Masukkan air asam jawa dan air. Renehkan sehingga mendidih. Masukkan ikan, garam, daun kesum dan bendi. Biarkan sekejap hingga ikan masak. Masukkan tomato. Siap....



Psssttt--->>>Sedap makan dengan nasi panas2....perggghhhh...



Selasa, 27 Mac 2012

Bihun Sup Utara

Lama punya entry ni patutnya...bulan 12 tahun lepas punya masakan....Ambik resepi ni dari buku Chef Hanieliza...tajuknya '1 Hari 1 Resepi'...Boleh jugak tengok resepi2 Chef Hanieliza melalui blog beliau....Nak tengok resepi Bihun Sup Utara pun ada....klik jer kat link ni....


Kat bawah ni gambar aku snap buku beliau yang aku buat rujukan nak buat bihun sup utara...



Ni resepinya..

Bahan A :
1 bungkus bihun
2 sudu makan serbuk kunyit

Cara :
Direndam beberapa jam dan toskan. Celurkan sekejap dan toskan.


Bahan B (Untuk Kuah) :
500 gm daging
500 gm tulang
1 bungkus rempah sup bunjut
2 inci halia (hiris)
3 ulas bawang putih (hiris)
5 biji bawang merah (hiris)
1 sudu makan lada hitam (tumbuk kasar)
1 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Cara :
Rebus bahan kuah sehingga daging betul2 empuk. Macam buat sup. Asingkan daging. Daging dihiris nipis.


Bahan C (Untuk Sambal Merah) :
15 tangkai cili kering (kisar)
4 biji bawang merah (kisar)
3 ulas bawang putih (kisar)
1 labu bawang besar (dimayang)
3 sudu makan sos tomato
3 sudu makan sos cili
2 sudu makan minyak masak
1 sudu makan cuka
1 sudu teh gula
Garam secukup rasa

Cara :
Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga wangi dan pecah minyak. Masukkan sos tomato dan sos cili. Masukkan cuka dan gula serta garam. Masak hingga pekat.



Bahan C (Untuk Hiasan) :
Daun sup (hiris)
Daun bawang (hiris)
Cili merah (hiris)
Limau kasturi (belah dua)

Cara:
Masukkan bihun dan daging yang dihiris. Hiaskan dengan bahan hiasan. Masukkan kuah. Hidangkan dengan kuah sambal merah.

Ni sebelum dicurahkan kuah sup


Psssttt--->>>Memang renyah bahan2 dan cara buatnya....tapi best dapat buat sendiri....=)



Selasa, 20 Mac 2012

KENAPA???...KENAPA???...

Dah lama tak muncul...tetiba muncul dengan persoalan...tanda tanya KENAPA???....Rasa-rasanya ada tak pengunjung blog ni yang tertanya-tanya kemana menghilangnya aku selama hampir-hampir 5 bulan ni?...Ke.....aku je yang ter'perasan' sendiri.....padahal orang tak perasan pun....hahaha.....

Ada.........ada sebabnya kenapa blog aku ni bersawang menyepi tanpa khabar berita.....Blog pun 'blog kitchen' kan....dah tentu bahan-bahan dalam blog ni pun bersumberkan 'kitchen'....Jadi, kalau tuan empunya blog tak masuk 'kitchen'....cam na blog ni nak masukkan bahan2 dari 'kitchen' kan...kan.....hehe....pening kepala baca ayat aku ni....
Tak apalah...dipendekkan cerita....sebab2 dah lama aku tak masuk 'kitchen' sendiri....cuma asyik dok masuk 'kitchen' orang je.....inilah sebabnya....ni sebab UTAMA....

SEBAB < 1 > ----->


Haaaaa.....tu la satu sebab utamanya.....Bukannya aku tak masuk 'kitchen' langsung....sekali sekala tu ada jugak la....tapi malangnya...gambar2 dan idea2 kreatif untuk mengarang cerita terperap dalam kamera dan kepala otak aku ja.....entah la....tak da rasa minat nak buka blog langsung....
Pernah terdetik dalam hati nak 'kuburkan' saja blog yang aku bina ni....Buka komputer je....buat2 tak nampak laman ni kat bookmark.....pas tu....buat2 tak kenal blog ni siapa punya.....Tambah2 bila muncul.....

SEBAB < 2 > ----- >


Laaaaaaaaggggiiiiii....la aku buat2 lupa cam na cara nak klik laman blog ni.....huhu.....penting gak sebab kedua ni....Masa banyak akan dihabiskan untuk situasi yang baru aku nak teroka ni....

Ada lagi sebabnya tu....rasanya tahun ni....paling banyak aktiviti dalam diri yang telah dan akan berlangsung.....Sebab seterusnya.....


SEBAB < 3 > ----- >



Rumah dah siap daaa.....tunggu nak dapat kunci jer.....Masa sekarang ni banyak dihabiskan untuk cari barang2....lampu, kipas, survey harga utk awning, grill, kitchen kabinet.....ukur tu....ukur ni.....Sebab penting gak ni kan......jenuh pikior......

Tapi...lagi lama tak buka.....lagi lama tengok blog 'kitchen' orang.....lagi berkobar2 rasa nak buka dan teroka balik rupanya.....RINDUNYAAAA......Bila curi2 buka....banyak komen2 pengunjung yang aku tak balas rupanya selama 'menyepi' tu.....huhu....

Timbul rasa sayang balik....dah lama aku luangkan masa deco2 blog ni.....dah lama aku ambik masa senggang aku untuk bina blog ni dari 'zero' sampai jadi macam ni.....
Jadi....rasanya....aku akan buat 'COME BACK'......walaupun rasanya masa luang dah tak berapa nak ada dah sekarang ni kerana sibuk dengan family, kerja, assignment, study & kuliah (walaupun bukannya tiap2 minggu pun)....akan aku cuba walaupun hanya 1 entry setiap 1 bulan.....hehehe....

Ok lah....tu je nak cerita....nanti aku masukkan entry 'kitchen' yang dah lama terperuk....


Psssttt--->>>Sayang wooooo.....nak tutup ini blog......huhu....ada yg rindu tak???


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...